Followers, thanks

Followers

Kandungan PM

Bab 1: Wulan: Aini Melati @ Wulan... Aku adalah Wulan. (penamat di tempat yang sama)
Bab 2:BakriKameel b.Badrulhisyam...Aku adalah Kameel.(Penamat di tempat yang sama)
Bab 3:Zara Orkhid Bt Desa..Aku adalah Zara
(Penamat di tempat yang sama)
Bab 4:Dunia Derita (sambungan di penamat yang sama)
Bab 5;Seindah Pertemuan.
Bab 6:Bulan yang tercalar
Bab 7:Bulan yang terus berdarah.
Bab 8:Bulan yang tersenyum.
Bab 9:Gemilau Cahaya Bulan.
Bab 10: Rembulan Cinta

Thanks for visiting...

Blog Nora Fuad

Blog Nora Fuad
Blog Nora Fuad, sila klik. Tq

About Me

My photo
pernah belajar mass com, edu...older of 4 siblings.Married to Fuad Halimi.Ex teacher to MGS Klang,MGS KL,SMK Tunku Putra,Langkawi. Ex Student SMK Sultanah Bahiyah,SMK Mahsuri Langkawi,UKM dan UM.

Novel pertama Okt 2010

Novel pertama Okt 2010
NOVEL PERTAMA OKT 2010... Link info novel, sila klik gambar.TQ

NOVEL KE 2

NOVEL KE 2
NOVEL KE2, FEB 2011, Info sila klik di gambar. TQ

Monday, August 29, 2011

Komentar pembaca 2, saudara Nizam abdul Jalil

       Kredit to Saudara Nizam Abdul Jalil... Kuantan, Pahang..
Novel Purnama Merindu memabawakan tema percintaan iaitu percintaan yang tidak kesampaian ..tema ini seolah olah klise kerana begitu sering berlaku dalam setiap masyarakat di dunia sejak zaman awal kejadian manusia lagi..Namun di tangan pn Arbaiah.. tema percintaan tidak kesampaian ini diolah dan digarap begitu unik dan tersendiri..sehinggakan apabila anda membaca novel ini,anda seolah olah bukan membaca novel cinta ..anda seolah olah membaca sebuah buku pengetahuan tentang hidup dan bagaimana memaknakan kehidupan. Saya cuba mengulas serba sedikit novel ini berdasarkan konsep novel intelektual yang cuba diketengahkan oleh penulisnya,
1. Gaya penceritaan dalam novel ini amat terperinci dan mendalam dengan banyak sudut penulis mengunakan kaedah deskriptif dengan amat berkesan yang secara tidak langsung memaparkan sikap cakna penulis terhadap sesuatu perkara, contohnya penulis menghuraikan sesuatu objek yang dipandangnya dengan cermat , satu persatu , bagaikan beliau menatap objek itu berjam jam lamanya untuk mendapatkan gambaran komprehensif
 
2. Penulis banyak memanfaatkan unsur alam dalam novel ini yang diberikan label tentang hidup kita.. pada bulan khsusnya paling banyak mendapat perhatian penulis dan ini sudah pasti kerana pada bulanlah tema novel ini digarap dan cerita dalam novel ini yang disalurkan melalui watak watak utamanya Wulan, Hani dan Zara, berdenyut bersama bulan, sama ada bulan gerhana, bulan kelam, bulan mengambang penuh atrau bulan kesiangan. Laut juga salah satu unsure alam yang kerap diperkatakan dan laut dijadikan simbolik dalam novel ini untuk mengukuhkan jalan cerita. Dan amat menarik , tajuk novel ini ialah Purnama Merindu, padahla kita didendangkan dengan al kisah pungguk rindukan bulan.. kin I rupa rupanya bulan juga merindukan pungguk.atau ada maksud lain penulis mengunakan purnama sebagai pelaku aktif yang sedang melakukan kata kerja transitif.
 
3. Kadang kala pada sesetengah tempat saya mellihat novel ini sebagai buku panduan pelancongan yang amat lengkap khususnya Bandar Bandar utama yang diceritakan..Perth, Vannes, Bacalona, gunug di Ireland, puncak swiss, serta lokasi lain di Eropah. Kalau dikatakan pada saat tertentu anda membaca travelog dari novel ni memang tidak salah rasanya. Saya pula teringatkan akan trilogy SN Arenawati dengan Kuntum Tulip Biru dan Sakura mengorak Kelopak.
 
4. Maklumat perubatan , ya, dalam novel ini saya pasti dan amat yakin penulisnya amat banyak membuat kajian dan pembacaan berkaitan dunia perubatan, fakta Alzeimer atau Demensia diperincikan dengan jelas satu perstu dari segenap perspektif berasaskan fakta dan figura yang asli. Saya meletakkan penghargaan pada penulis kerana dapat menyampaikan fakta perubatan dalam bentuk gaya penceritaan yang sederhana tidak terkongkong dengan kosa kata klinikal dan tidak pula menyalurkan dalam sintasis yang kaku . Apaabila bicara soal ektopik..seolah olah saya sedang mendengar pakar perubatan O & G, bersyarah di depan saya.
 
5. Unsur sejarah dan bukannya faction telah dipaparkan dengan jelas dalam novel ini, dan penulis sekali sekala mengutarakan pandangan dan pemikiran beliau terhadap satu satu isu yang berkaitan peristiwa sejarah. Malah pelajar PMR yang sedang menyiapkan kerja kursus sejarah juga ada panduannya dalam novel ini. Cuma saya rasa penulis patut juga memaparkan kebiadapan zioinis pabila bercerita tentang kezaliman Adolf Hitler terhadap mereka , barulah pembaca dapat menilai , dalam kekejaman jerman dan Hitler itu terhdap yahudi. Ada pespektif lain yang perlu dilihat . zionis juga malah lebih kejam dari Hitler..
Friday at 11:28pm • Like
19 hours ago · Delete Post

No comments:

Post a Comment