Followers, thanks

Followers

Kandungan PM

Bab 1: Wulan: Aini Melati @ Wulan... Aku adalah Wulan. (penamat di tempat yang sama)
Bab 2:BakriKameel b.Badrulhisyam...Aku adalah Kameel.(Penamat di tempat yang sama)
Bab 3:Zara Orkhid Bt Desa..Aku adalah Zara
(Penamat di tempat yang sama)
Bab 4:Dunia Derita (sambungan di penamat yang sama)
Bab 5;Seindah Pertemuan.
Bab 6:Bulan yang tercalar
Bab 7:Bulan yang terus berdarah.
Bab 8:Bulan yang tersenyum.
Bab 9:Gemilau Cahaya Bulan.
Bab 10: Rembulan Cinta

Thanks for visiting...

Blog Nora Fuad

Blog Nora Fuad
Blog Nora Fuad, sila klik. Tq

About Me

My photo
pernah belajar mass com, edu...older of 4 siblings.Married to Fuad Halimi.Ex teacher to MGS Klang,MGS KL,SMK Tunku Putra,Langkawi. Ex Student SMK Sultanah Bahiyah,SMK Mahsuri Langkawi,UKM dan UM.

Novel pertama Okt 2010

Novel pertama Okt 2010
NOVEL PERTAMA OKT 2010... Link info novel, sila klik gambar.TQ

NOVEL KE 2

NOVEL KE 2
NOVEL KE2, FEB 2011, Info sila klik di gambar. TQ
Showing posts with label Komentar pembaca..... Show all posts
Showing posts with label Komentar pembaca..... Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Komentar pembaca . Puan Fauziah ashari dan lain-lain.

  •  
     Terima kasih atas usaha sahabat saya, saudara Nizam Abdul Jalil, yg juga seorang guru du Kuantan, walaupun jauh beribu batu dengan bantuan teknologi yang mendekatkan kita, membantu saya dalam usaha mempromosikan lagi Purnama Merindu. Benarlah kata orang, teknologi tiada sempadannya.
    Saya menerima respond yang berbagai, terima kasih kepada pembaca. Sebenarnya, saya ingin mendapatkan respond yang pelbagai lagi. Pendapat anda penting dalam menjadikan karya saya lebih baik di masa hadapan. Lebih intelektual, lebik islamik, lebih romantis, lebih 'kaww' lah pada masa hadapan. Jika anda sudi memberikan pandangan, boleh terus klik di bahagian 'link kepada Novel Nora Fuad' dan meninggalkan pendapat anda! Saya amat menghargainya!
    Terima kasih saudara Nizam, Saudari Yanie Ady, saudara Rosman, Harry, Wan Nazilah,  Puan Fauziah Ashari. Mempunyai pandangan daripada penulis tersohor yang mempunyai ramai peminta menjadikan saya teruja! Yang penting, kata PUAN FAUZIAH ASHARI, "Saya suka keseluruhan cerita. saya suka nama 'Wulan'. Itu tarikan saya nak beli selain sinopsisnya" Terima kasih Puan Fauziah Ashari, penulis, Ombak Rindu, Bisik-bisik Gelora (antaranya) Bukan mudah menjadikan novel penulis baru seperti saya dibaca dan diberi pandangan oleh penulis yang sudah membina nama di alam penulisan ini! Saya tabik! Dan ucapan ribuan terima kasih!
    Di bawah ini, saya masukkan keseluruhan mesej yang terdapat di wall Buku Prima.
     
    Novel Purnama Merindu..karya cikgu Nor Arbaiah..sarat dengan ilmu dan garis dasar dalam hidup pabila sesebuah keluarga bahagia ingin dibina.. jangan lepaskan peluang untuk dapatkan novel.ini..kekuatannya anda akan jumpa di mana mana halaman...selamat membaca..
     Saudara Nizam Abdul Jalil.
    Buku Prima Kepada pembaca, anda harus memiliki novel ini. Ia sangat sarat dengan pelbagai ilmu yang tiada pada novel terbitan luar. Dalam Purnama Merindu anda belajar untuk memberi dan menerima. Kepada sesiapa yang sudah membaca novel ini, jom kongsikan pendapat anda tentang novel ini. Terima kasih.
    Monday at 08:12 · · 1

  • Nizam Abdul Jalil kenapa watak utamanya bernama Wulan..sdri 'Yanie' Ady..?
    Monday at 21:50 ·

  • Nizam Abdul Jalil mengikut etimolgi kata bahasa melayu.. bulan terlebih dahulu dieja sebagai wulan...
    Monday at 22:40 ·

  • 'Yanie' Ady Ok lah make it short....It is really a good book...mmg hebat..cara penyampaian saya kurang terserlah kot...Huhu
    Monday at 22:44 ·

  • Nizam Abdul Jalil ok dah cara penyampaian tu..sangat menyerlah hehehe..memang puas membaca novel ini..dapat kembara lagi..
    Monday at 22:55 ·

  • 'Yanie' Ady Tapi cara awak lagi hebat....hehehe! Mcm awak pun seorang novelist hebat... Tq
    Monday at 23:03 ·

  • Nizam Abdul Jalil belum sampai lagi tahap cikgu nora tu..baru nak belajar ni..kalau sdr Yanie..ada cerita bolehlah kita novelkan..kalau untung kita bahagi dua..kalau tak sendiri tanggung hahaha
    Monday at 23:07 ·

  • Noor Arbaiah Nora Fuad Saya tabik dengan Cikgu Nizam, saya boleh bersastera, tetapi tiada ilmu sastera. Cikgu Nizam sepatutnya boleh menulis dengan lebih baik lagi, atau muncul sebg pengulas sastera hebat!
    Monday at 23:28 ·

  • Nizam Abdul Jalil saya belum berkawad..cikgu Nora dah tabik..iskkkk...dapat jadi pengulas pun ok dah rasanya...tapi mengulas memang mudah ckgu nora..menghasilkannya itu payah...saya pulak kena tanik cikgu Nora..
    Monday at 23:32 ·

  • Rosman Snibon wah novel purnama merindu....pungguk menunggu....
    Tuesday at 21:46 ·

  • Nizam Abdul Jalil bole tu mang..judul baru ..Pungguk Menunggu..
    Tuesday at 22:42 ·

  • Rosman Snibon purnama merindu...pungguk menunggu...mambang bertamu......ok tak
    Tuesday at 22:55 ·

  • Nizam Abdul Jalil mataku jadi celaru...
    Tuesday at 22:59 ·

  • Rosman Snibon merindu bila hati terharu....celaru bila jiwa terburu-buru....
    Tuesday at 23:07 · · 1

  • Noor Arbaiah Nora Fuad ni namanya novel baru, pungguk dan bulan merindu..
    Tuesday at 23:58 · · 1

  • Nizam Abdul Jalil menanti kelahirannya
    Yesterday at 00:04 ·

  • Noor Arbaiah Nora Fuad kalau nanti dapat ilham menyambung cerita.
    Yesterday at 00:05 ·

  • Intens Idea sy dah bc Purnama Merindu. sy suka keseluruhan cerita walaupun pd mula agak liat mahu membc setelah dua hari dibiarkan atas meja. Akibat bosan, sy bc. dah bc, sy tak bosan. Mkin sbb cerita tu bukan kisah cinta remaja, maka sy boleh hadap seharian tanpa henti. Cuma...pendapat sy...kurangkan setiap watak punya nama yg cukup menarik dan ada dua nama. Nov adalah dunia penulis tp bg pembaca (sy terutamanya) sy melihat 'dunia' nov itu sangat luas. jgn ketara sangat...nama2 yg cantik2 tu 'dipilih dan disusun' penulis biarpun mmg penulisnya yg memilih. Sekadar pendapat. Mungkin sy seorang yg terlalu teliti dan kisah benda remeh ni tp org lain anggap biasa. penulis perlukan pendapat org lain juga mungkin. apa2 pun tahniah pd penulis. teruskan warnai dunia penulisan...FA
    Yesterday at 13:33 · · 1

  • Nizam Abdul Jalil menanti jawpan tuan penulis..
    Yesterday at 13:43 · · 1

  • Noor Arbaiah Nora Fuad Terima kasih atas pendapat Puan. Menerima nasihat drp penulis ternama, membuat saya terkedu, pertama kesudian puan membaca buku drp novelis baru seperti saya. Nasihat puan akan saya gunakan pada penulisan yg akan datang. sukar untuk pisahkan nama biasa dan nama watak yg sedap.. bagaimanapun, saya akan cuba menggunakan nama2 biasa dan tidak disusun dan dipilih dgn terlalu berhati-hati. Terima kasih sekali lagi Puan Novelis. Penulis lebih patut gunakan nama dengan 'selamba' dan tidak terllau teringat dengan nama-nama yg komersial. Terima kasih sekali lagi. Bukan selalu menerima nasihat drp penulis yang pakar seperti puan.
    Yesterday at 18:10 · · 1

  • Noor Arbaiah Nora Fuad Saya patut sudahi dengan kata-kata "Terima kasih daun keladi Puan Fauziah ... lain kali, sudilah baca novel saya lagi."
    Yesterday at 18:13 ·

  • Wan Nazilah saya pun belumbaca lagi novel ni, baru nak cari... dari apa yang di tulis oleh NAJ tu... saya rasa saya suka novel cam ni... saya pun rasa kurang senang dengan nama2 watak dlm novel yang direka lain dari yang lain.. rasanya lebih elok nama yang biasa2 aje.......mana saya nak dpt novel ni..???
    Yesterday at 18:25 ·

  • Harry Enriq Hp salam. saya dah bc nvl purnama merindu. pd awalnya agak teruja nk bc, pd suku pertama mcm lain dr nvl k.jee, membuatkn saya memaksakan diri utk mmbacanya. mungkin nora perlu menyelit unsur2 lucu @ permasalahan yg berat. t.kash
    21 hours ago · · 1

  • Intens Idea Wan Nazilah - cuba baca novel dari penulis Hanni Ramsul. Sy lihat watak2nya dari nama2 biasa. Kalau saya, tak kisah sangat asalkan bahasa dan penceritaan boleh diikuti. FA
    20 hours ago · · 1

  • Noor Arbaiah Nora Fuad Wan Nazilah, MPH da popular ada jual. kalau di KL, di jalan Tar, rangkaian kedai2 di sana, ada diskaun 20%. Harry, saya rasa permasaalahan dalam novel saya sudah cukup berat. boleh pandangan sikit, apa g dimaksudkan dgn permasalahan yg berat yg saudara maksudkan? boleh share sikit? kalau cerita ada berbau unsur2 'seksual', well, saya tak minat. Lebih suka dgn konsep 'umum' yg seiapapun boleh baca.
    20 hours ago ·

  • Intens Idea Nora - InsyaAllah saya akan ikuti setiap tulisan Nora. Pendapat saya, sesama penulis kalau saling memberi nasihat bukankah lebih baik untuk dunia penulisan. Tapi...bukan semua boleh menerima teguran kan...ha...ha...ha...bimbang juga disalah ertikan 'teguran' saya tu...FA
    20 hours ago · · 1

  • Harry Enriq Hp saya x maksudkn isu sexsual. masalah antara wulan & kameel npk terlalu simple dan sikap cpt mengalah wulan buat saya lemah semangat..
    20 hours ago ·

  • Nizam Abdul Jalil pada saya nama itu mewakli watak dan memang ebgitulah..kalau dletak nama yang berbeda seolah olah dari 'dunia' lain..namun saya boleh menerima nama dalam novel ini kerana temanya dan ada kebaikanya juga pabila nama wulan diketengahkan..dapat diigatkan kembali etimolgi kata melayu...
    20 hours ago ·

  • Noor Arbaiah Nora Fuad Puan Fauziah, tiada salahnya nasihat dan pandangan. macam orang menari, sendiri rasa macam elok sangat dah rentak tu, bila dilihat dr sudut pandangan org lain, cara tarinya boleh ditambah baikkan lagi. da terima kasih. bukan mudah penulis lain apatah lagi penulis yg sudah berpengalaman mahu memberi pandangan kpd penulis yang baru seperti saya. terima kasih sekali lagi.
    20 hours ago · · 1

  • Nizam Abdul Jalil walaupun simple masasalah mereka .namun itulah yang sebenarnya terjadi dalam masyarakat..dan banyak pula kejadian begini berkumandang dalam masyarakat melayu....mesti ada sebab penulis melukiskan watak si wulan sedemkian rupa.mengalah si wulan..tetapi kahirnya....
    20 hours ago · · 1

  • Noor Arbaiah Nora Fuad Harry: oooo. hmmm.. tengah terfikir macam mana nak bg complikated lagi. pada saya Harry, masalah rumahtangga tidaklah mudahkan.. apatah lagi melibatkan perasaan. kalau harry rasa wulan memgalah dgn mudah, saya rasa berjayalah harry menyiwai watak wulan... lain kali, saya akan ketengahkan pula watak wanita yg tidak mudah mengalah, keras hati... dgn perwatakan yg berbezakan? bolehkan? andai setiap kali, perwatakan yg sama, tentu tak bestkan Harry?
    20 hours ago · · 2

  • Intens Idea saya suka nama 'Wulan'. Itu tarikan saya nak beli selain sinopsisnya. Lagi satu, jgn kata saya 'pakar' sebab setiap penulis punya keistimewaan tersendiri. Tiada yg di atas dan tiada yg di bawah. Kalau saya....rasanya saya tak mampu nak hasilkan novel seperti PM yg 'intelektual novel'. junior...senior tu...tempoh lamanya berada di dunia penulisan aje...FA
    20 hours ago ·

  • Noor Arbaiah Nora Fuad Terima kasih atas sokongan Puan Fauziah. Harap2 satu hari nanti, novel saya juga akan mendapat sokongan dr peminat2.
    20 hours ago · · 2

Saturday, October 29, 2011

Ulasan Purnama Merindu...

  Komen daripada Buku Prima di wall:


Komen drp wall Buku rima: PURNAMA MERINDU:· · Share · Tuesday at 22:18 ·

You, Asnidar Shafie SiMerpati Putih, Norhawanis Othman and 3 others like this.
1 share

Buku Prima Syok betul apabila anda membaca novel ini. Penuh dengan maklumat yang berguna. Yang pasti, novel ini sangat menyengat, menyentap dan menggegarkan jiwaanda

Monday, August 29, 2011

Komentar pembaca 2, saudara Nizam abdul Jalil

       Kredit to Saudara Nizam Abdul Jalil... Kuantan, Pahang..
Novel Purnama Merindu memabawakan tema percintaan iaitu percintaan yang tidak kesampaian ..tema ini seolah olah klise kerana begitu sering berlaku dalam setiap masyarakat di dunia sejak zaman awal kejadian manusia lagi..Namun di tangan pn Arbaiah.. tema percintaan tidak kesampaian ini diolah dan digarap begitu unik dan tersendiri..sehinggakan apabila anda membaca novel ini,anda seolah olah bukan membaca novel cinta ..anda seolah olah membaca sebuah buku pengetahuan tentang hidup dan bagaimana memaknakan kehidupan. Saya cuba mengulas serba sedikit novel ini berdasarkan konsep novel intelektual yang cuba diketengahkan oleh penulisnya,
1. Gaya penceritaan dalam novel ini amat terperinci dan mendalam dengan banyak sudut penulis mengunakan kaedah deskriptif dengan amat berkesan yang secara tidak langsung memaparkan sikap cakna penulis terhadap sesuatu perkara, contohnya penulis menghuraikan sesuatu objek yang dipandangnya dengan cermat , satu persatu , bagaikan beliau menatap objek itu berjam jam lamanya untuk mendapatkan gambaran komprehensif
 
2. Penulis banyak memanfaatkan unsur alam dalam novel ini yang diberikan label tentang hidup kita.. pada bulan khsusnya paling banyak mendapat perhatian penulis dan ini sudah pasti kerana pada bulanlah tema novel ini digarap dan cerita dalam novel ini yang disalurkan melalui watak watak utamanya Wulan, Hani dan Zara, berdenyut bersama bulan, sama ada bulan gerhana, bulan kelam, bulan mengambang penuh atrau bulan kesiangan. Laut juga salah satu unsure alam yang kerap diperkatakan dan laut dijadikan simbolik dalam novel ini untuk mengukuhkan jalan cerita. Dan amat menarik , tajuk novel ini ialah Purnama Merindu, padahla kita didendangkan dengan al kisah pungguk rindukan bulan.. kin I rupa rupanya bulan juga merindukan pungguk.atau ada maksud lain penulis mengunakan purnama sebagai pelaku aktif yang sedang melakukan kata kerja transitif.
 
3. Kadang kala pada sesetengah tempat saya mellihat novel ini sebagai buku panduan pelancongan yang amat lengkap khususnya Bandar Bandar utama yang diceritakan..Perth, Vannes, Bacalona, gunug di Ireland, puncak swiss, serta lokasi lain di Eropah. Kalau dikatakan pada saat tertentu anda membaca travelog dari novel ni memang tidak salah rasanya. Saya pula teringatkan akan trilogy SN Arenawati dengan Kuntum Tulip Biru dan Sakura mengorak Kelopak.
 
4. Maklumat perubatan , ya, dalam novel ini saya pasti dan amat yakin penulisnya amat banyak membuat kajian dan pembacaan berkaitan dunia perubatan, fakta Alzeimer atau Demensia diperincikan dengan jelas satu perstu dari segenap perspektif berasaskan fakta dan figura yang asli. Saya meletakkan penghargaan pada penulis kerana dapat menyampaikan fakta perubatan dalam bentuk gaya penceritaan yang sederhana tidak terkongkong dengan kosa kata klinikal dan tidak pula menyalurkan dalam sintasis yang kaku . Apaabila bicara soal ektopik..seolah olah saya sedang mendengar pakar perubatan O & G, bersyarah di depan saya.
 
5. Unsur sejarah dan bukannya faction telah dipaparkan dengan jelas dalam novel ini, dan penulis sekali sekala mengutarakan pandangan dan pemikiran beliau terhadap satu satu isu yang berkaitan peristiwa sejarah. Malah pelajar PMR yang sedang menyiapkan kerja kursus sejarah juga ada panduannya dalam novel ini. Cuma saya rasa penulis patut juga memaparkan kebiadapan zioinis pabila bercerita tentang kezaliman Adolf Hitler terhadap mereka , barulah pembaca dapat menilai , dalam kekejaman jerman dan Hitler itu terhdap yahudi. Ada pespektif lain yang perlu dilihat . zionis juga malah lebih kejam dari Hitler..
Friday at 11:28pm • Like
19 hours ago · Delete Post

Tuesday, August 23, 2011

Komentar pembaca, petikan Face Book

Yanie 'Ady
Purnama Merindu....Satu KARYA yg cukup hebat...bbbbeeesssstttttt! Sape lum baca...cepat baca! Tak akan menyesal!
Yesterday at 3:50pm · ·
August 7 at 8:38pm · ·
August 5 at 2:33pm · ·

Encik Mohd Ali, Ketua Editor, Buku Prima

ualan novel BP yang tertinggi dari 01/07/11-31/07/11 adalah seperti berikut:-
1. PURNAMA MERINDU
2. BILIK 616
3. MELANKOLIK CINTA
4. TAKKAN MELUPAKANMU
...See More

August 5 at 2:28pm · ·

Saturday at 7:52pm via mobile · ·

Nizam Abdul Jalil
novel Purnama Merindu , dah masuk bab 4- memang hebat kisahnya dan penulisnya berjaya mencatatkan perihal kisah dengan mendalam sejelas jelasnya dan banyak juga ilmu yang aku dapat dari novel ini.. malah baru kini ku tau nama asal usul bunga melati..yang kebetulan juga nama isteriku.. dan novel ini dimulakan dengan plot selari 3 [4?] watak utama.. teringat cam kisah dalam filem p Ramlee... selanjutnya ..nama wulan dipilih..kalau ikut etimologi huruf Melayu..wulan ialah sebutan asli BM Kuno..kemudian baru berpindah ke 'bulan' dan tidak sama sekali.. rindu berasal dari windu..

  • You and Buku Prima like this.
Syaffiqah Mesbah
Purnama merindu nampaknya setanding dengan novelis lain sebelum ini. Syabas untuk cetakan kedua dalam masa sebulan! Teruskan usaha penulisan yg baik

  • You, Yana Zany, Nur Athirah and Buku Prima like this.
    • Yana Zany ye ke... sy dah beli tp x sempat nak bace,, best ke
      August 8 at 8:40pm ·
    • Buku Prima cepat-cepat baca Yana zany..Layan habis!
      August 11 at 8:42am ·
  •  
  • Encik Mohamad Ali, Ketua Editor, Buku Prima
Tahniah kepada dua penulis novel ini, tak sampai sebulan di pasaran, novel beliau telah memasuki cetakan kedua. Novel2 itu adalah:-
1. TAKKAN MELUPAKANMU - ROSA NUR IMANI
2. PURNAMA MERINDU - NORA ISMA FUAD
Terus menulis dengan kami. Tahniah sekali lagi