Followers, thanks

Followers

Kandungan PM

Bab 1: Wulan: Aini Melati @ Wulan... Aku adalah Wulan. (penamat di tempat yang sama)
Bab 2:BakriKameel b.Badrulhisyam...Aku adalah Kameel.(Penamat di tempat yang sama)
Bab 3:Zara Orkhid Bt Desa..Aku adalah Zara
(Penamat di tempat yang sama)
Bab 4:Dunia Derita (sambungan di penamat yang sama)
Bab 5;Seindah Pertemuan.
Bab 6:Bulan yang tercalar
Bab 7:Bulan yang terus berdarah.
Bab 8:Bulan yang tersenyum.
Bab 9:Gemilau Cahaya Bulan.
Bab 10: Rembulan Cinta

Thanks for visiting...

Blog Nora Fuad

Blog Nora Fuad
Blog Nora Fuad, sila klik. Tq

About Me

My photo
pernah belajar mass com, edu...older of 4 siblings.Married to Fuad Halimi.Ex teacher to MGS Klang,MGS KL,SMK Tunku Putra,Langkawi. Ex Student SMK Sultanah Bahiyah,SMK Mahsuri Langkawi,UKM dan UM.

Novel pertama Okt 2010

Novel pertama Okt 2010
NOVEL PERTAMA OKT 2010... Link info novel, sila klik gambar.TQ

NOVEL KE 2

NOVEL KE 2
NOVEL KE2, FEB 2011, Info sila klik di gambar. TQ

Saturday, April 16, 2011

Quates drp novel

“Sudahlah dek, jangan kita sedih-sedih lagi... Walaupun mak kehilangan memori tentang kita, kita tak akan hilang cerita tentang mak. Mak adalah lagenda dalam memori kita.”

Wulan@ Aini Melati

“Kita memang bahagia Wulan,ada Ris dan Nina. Tetapi I masih perlukan dia…” Kameel Bakri

“Ya. Nama You kan bunga orkhid! Jadi you boleh dirujuk sebagai spesies bunga terbesar di dunia seperti Grammatophyllum speciosum atau, spesis bunga orkhid yang paling kecil di dunia, Platystele jungermannioides seperti yang dijumpai di Ecuador?” Zariff Iskandar

“I takut sekali Eva. Sejarah perkahwinan ibuku dan kakak, Kak Wulan menunjukkan sejarah perkahwinan yang terlalu terkongkong, terpenjara. Seolah berlaku peristiwa, sleeping with the enemy.

Zara Orkhid.

“Kadangkala sia-sia sahaja penantian sipungguk. Bulan hanya menjengahnya tanpa menyapa. Bulan hanya kaku.”

Rizal Rafique

Sunday, April 3, 2011

Berita penerbit

lhamdulillah, emel yg membawa berita baik, daripada Buku Prima saya terima dengan senang hati. Rasa terima kasih saya kepada Pencipta, dan semua yang menjadi inspirasi dan pendorong saya. Sebahagiannya daripada rakan-rakan Facebook saya. Di sini, saya mencipta idea, watak, perwatakan, kata-kata motivasi, inspirasi.

  • Barangkali ramai juga ahli ilmuan yang sanggup bersusah payah mendapatakan ilmu sehingga ke peringkat tertingi PhD. Mereka menjadi inspirasi saya menulis bagi pihak mereka yang bersungguh mendapatkan ilmu di rantau orang. Saya bangga dan kagum sungguh! Saya sendiri, sekadar 'rajin sedikit' membaca, tetapi tidaklah sebegitu rajin 'menuntut ilmu' yang memaksa saya ke menara gading lagi. Antaranya salah satu keluarga teman saya, Puan Maryam, keluarganya, dia sendiri, tambahan adik-adiknya, keduanya sedang belajar sehingga ke peringkat PhD. Saya 'salute'! Sungguh! Dan di sekolah saya, ramai yang telah memegang ijazah masters... Kagum juga! Saya sendiri, agaknya hanya berusaha mendapat 'masters' dalam penulisan. Harap diizinkan Allah.
  • Watak Erwan, saya cipta daripada watak seorang ex student saya yg berada di perantauan. Minatnya kepada fotografi menghasilkan watak yg bekerja dengan National Geografic. Saya bangga sekali dengan mereka yg berada di perantauan dalam mencari rezeki dan pengalaman hidup!
  • Jeremy : watak daripada nama murid saya yang genius! Jeremy Loke: Tabik saya untuk murid saya yang berjaya cemerlang dalam SPM.Semoga dia juga akan berjaya seperti the Real jeremy dalam novel ini.
  • Eva: juga murid saya yang happening!

Eropah termasuk Vannes, Perancis, Melbourne menjadi latar novel saya. Seperti biasa, saya ingin membawa anda menjelajah sama bersama melayari perjalanan hidup mereka bersama.

Di Pulau Tuba (tekalah di mana sebenarnya) menjadi latar cerita. Pulau cinta untuk semua.

Encik Hamdan-Adan-Ismail : Inspirasi saya untuk kata-kata yang sempurna! terima kasih. Rakan FB saya ini menjadi bayangan kepada watak Erwan Hamdan yang bijaksana!

Banyak lagi yang dicipta dan saya tidak mampu bercerita di sini!

Melihat Bulan melahirkan watak Wulan:

Rembulan cinta adalah bayangan bulan rembulan biru: cinta yang datang kali kedua seperti bulan biru (rembulan biru) yang datang setiap 2.7 tahun (Fenomena bulan mengambang dua kali dalam bulan yang sama setiap 2.7 tahun)

Terima kasih semua!