Followers, thanks

Followers

Kandungan PM

Bab 1: Wulan: Aini Melati @ Wulan... Aku adalah Wulan. (penamat di tempat yang sama)
Bab 2:BakriKameel b.Badrulhisyam...Aku adalah Kameel.(Penamat di tempat yang sama)
Bab 3:Zara Orkhid Bt Desa..Aku adalah Zara
(Penamat di tempat yang sama)
Bab 4:Dunia Derita (sambungan di penamat yang sama)
Bab 5;Seindah Pertemuan.
Bab 6:Bulan yang tercalar
Bab 7:Bulan yang terus berdarah.
Bab 8:Bulan yang tersenyum.
Bab 9:Gemilau Cahaya Bulan.
Bab 10: Rembulan Cinta

Thanks for visiting...

Blog Nora Fuad

Blog Nora Fuad
Blog Nora Fuad, sila klik. Tq

About Me

My photo
pernah belajar mass com, edu...older of 4 siblings.Married to Fuad Halimi.Ex teacher to MGS Klang,MGS KL,SMK Tunku Putra,Langkawi. Ex Student SMK Sultanah Bahiyah,SMK Mahsuri Langkawi,UKM dan UM.

Novel pertama Okt 2010

Novel pertama Okt 2010
NOVEL PERTAMA OKT 2010... Link info novel, sila klik gambar.TQ

NOVEL KE 2

NOVEL KE 2
NOVEL KE2, FEB 2011, Info sila klik di gambar. TQ

Tuesday, May 31, 2011

Sinopsis penuh

Berfokuskan peluang kedua, ‘Rembulan biru’ adalah fenomena yang hanya muncul setiap 2.7.. bagi setiap tahun. Bermakna, hanya sekerap itu, manusia akan dapat melihat rembulan purnama dua kali dalam bulan yang sama. Rembulan cinta seperti mana datangnya Rembulan biru juga diharapkan dapat menjenguk kehidupan Kameel Bakri, Jamilah Mira Estee, Wulan@Aini Melati, Zara Orkhid, Dr Rafique dan Hamdan Erwan. Dapatkan mereka merasa peluang cinta  kedua @rembulan cinta yang datangnya seindah bulan Rembulan Biru?

Kameel, Sang suami yang menjadi pungguk kepada Bulannya, Yang Mira@ Jamilah Asmira Estee.  Walaupun lebih 180 purnama, tidak bersua, kesetiaannya tidak bertepi. Beristerikan Wulan dan berbapakan Ris dan Nina, tidak cukup menjadikan dia setia Sang Pungguk kepada ‘Sang Isteri’. Dia masih rindukan ……..Jamilah Asmira Estee!Berpisah di Perth dan bertemu kembali di Perth, adakah akan menyemarakkan cinta?

Wulan@Aini Melati: Sang Bulan kepada siPungguk, Rafique. Menjadi isteri, kepada Kameel, sekadar mengasak ingatan kepada Rafique. Bertemu lagi, menjadikan perasaan itu mengasak emosi dan memori luka! Dr Rafique dan Wulan yang sudah beristeri dan bersuami! Adakah Bulan dan Pungguk bisa bersatu?

Jamilah Asmira Estee: Dia tinggalkan ‘jiwanya’ dan ‘dewa cintanya’ di saat dia amat memerlukan dengan mengorbankan hati dan emosinya kerana tidak mahu menghancurkan perkahwinan Kameel dan isterinya Wulan. Badai akibat perpisahan yang berlaku di Universiti Murdoch di Perth menjadikan dia hanya mampu bersendirian. Akhirnya, di Perth, Kota cinta, dia bertemu Kameel lagi. Mampukan perpisahan memisahkan mereka lagi? Sanggupkah dia menjadi orang kedua lagi?

Zara Orkhid@Miss Forgie @ Vannes, Perancis, bersikap skeptis’, ragu-ragu terhadap lelaki hanya kerana bapanya seorang yang bersikap kuasa ‘veto’, menguasai orang lain dengan mudah. Dapatkan Erwan atau Zariff Iskandar  mengubah sikap skeptis Zara kepada lelaki?

   Cinta adalah pengorbanan! Cinta bermakna, anda tidak selamanya bersatu! Sama-sama mengarak cinta di Vannes, menjelajah bumi Eropah, seperti di Jerman, Rom, Vannes dan Swiszerland, serta menyelami cinta di Pulau Cinta@ Pulau Tuba.



Ilham penulis



Ilham penulis:
   Liris hati saya melihat rembulan yang mengambang! Setia!dan saya ilhamkan watak Wulan, Zara, Kameel!Di Pulau Tuba, lokasi indah mengilhamkan saya ‘melodrama’ yang berlatarkan ‘pulau cinta’ ini. Eropah dan Australia seolah menggamit agar saya menjarah setiap inci buminya untuk saya abadikan bersama ke dalam penulisan berkonsepkan k-novel(knowledge-novel) Semoga anda ‘jatuh cinta’ mengintai ‘rembulan cinta’ saya!            www.norafuad.blogspot.com
   

Sunday, May 29, 2011

Kenapa nama 'komersial' baru

Terdapat soalan baru, kenapa nama komersial baru. Dua buku saya dahulu menggunakan nama Nora Fuad. Sudah maklum, Nora tu nama saya, Fuad nama suami... (ada sebabnya, supaya dia benarkan saya berada dengan lap top bila-bila masa saya perlukan.. he he)

Dan persoalannya kenapa Nora Isma Fuad pula. Kebetulan saya bertukar penerbit, saja-saja berhijrah. Tidak ada masalah apa-apa pun, sajalah. Penulis ni 'free lancer'. Hanya karya ini yang terikat dengan perjanjian selama beberapa tahun dengan syarikat penerbitan, penulis sendiri tidak terikat langsung dengan syarikat. Perjanjian menyebut nama karya tertentu setiap kali, contohnya Dimensi Cinta dan bukannya penulis. Jadi, terpulanglah kepada penulis di mana mereka mahu menghantar karya. Jadi permintaan penerbit agar menukar nama sedikit, supaya berbeza dengan syarikat penerbitan yang lama. Jadi, Nora Isma Fuad. (Nora dan Fuad adalah nama lain) Isma sebenarnya merujuk kepada Ismail, nama bapa saya. Kata Amy, my in law, 'Isma' tu boleh juga merujuk kepada 'is married'.. clever.. he he he Apa pun gelarannya, ia masih nama saya.. he he

Masa zaman sekolah, saya sering menggunakan nama NOORISMA, gabungan nama saya dan bapa saya, masa tu, saya belum dipanggil dengan nama NORA lagi. Nama NORA baru sahaja muncul dalam 12 tahun ini, sejak saya mengenali suami. Sebenarnya nama samaran saya ketika 'chatting' semasa zaman-zaman IRC (Internet Relay Chatting)... dan selepas itu, disebabkan keluarga suami dan rakan-rakan baru, saya gunakan nama NORA, lalu kekallah nama itu sebagai nora. Jadi nama panggilan saya : Nora, bukannya Isma dan Fuad (he he ..)