Followers, thanks

Followers

Kandungan PM

Bab 1: Wulan: Aini Melati @ Wulan... Aku adalah Wulan. (penamat di tempat yang sama)
Bab 2:BakriKameel b.Badrulhisyam...Aku adalah Kameel.(Penamat di tempat yang sama)
Bab 3:Zara Orkhid Bt Desa..Aku adalah Zara
(Penamat di tempat yang sama)
Bab 4:Dunia Derita (sambungan di penamat yang sama)
Bab 5;Seindah Pertemuan.
Bab 6:Bulan yang tercalar
Bab 7:Bulan yang terus berdarah.
Bab 8:Bulan yang tersenyum.
Bab 9:Gemilau Cahaya Bulan.
Bab 10: Rembulan Cinta

Thanks for visiting...

Blog Nora Fuad

Blog Nora Fuad
Blog Nora Fuad, sila klik. Tq

About Me

My photo
pernah belajar mass com, edu...older of 4 siblings.Married to Fuad Halimi.Ex teacher to MGS Klang,MGS KL,SMK Tunku Putra,Langkawi. Ex Student SMK Sultanah Bahiyah,SMK Mahsuri Langkawi,UKM dan UM.

Novel pertama Okt 2010

Novel pertama Okt 2010
NOVEL PERTAMA OKT 2010... Link info novel, sila klik gambar.TQ

NOVEL KE 2

NOVEL KE 2
NOVEL KE2, FEB 2011, Info sila klik di gambar. TQ

Sunday, May 29, 2011

Kenapa nama 'komersial' baru

Terdapat soalan baru, kenapa nama komersial baru. Dua buku saya dahulu menggunakan nama Nora Fuad. Sudah maklum, Nora tu nama saya, Fuad nama suami... (ada sebabnya, supaya dia benarkan saya berada dengan lap top bila-bila masa saya perlukan.. he he)

Dan persoalannya kenapa Nora Isma Fuad pula. Kebetulan saya bertukar penerbit, saja-saja berhijrah. Tidak ada masalah apa-apa pun, sajalah. Penulis ni 'free lancer'. Hanya karya ini yang terikat dengan perjanjian selama beberapa tahun dengan syarikat penerbitan, penulis sendiri tidak terikat langsung dengan syarikat. Perjanjian menyebut nama karya tertentu setiap kali, contohnya Dimensi Cinta dan bukannya penulis. Jadi, terpulanglah kepada penulis di mana mereka mahu menghantar karya. Jadi permintaan penerbit agar menukar nama sedikit, supaya berbeza dengan syarikat penerbitan yang lama. Jadi, Nora Isma Fuad. (Nora dan Fuad adalah nama lain) Isma sebenarnya merujuk kepada Ismail, nama bapa saya. Kata Amy, my in law, 'Isma' tu boleh juga merujuk kepada 'is married'.. clever.. he he he Apa pun gelarannya, ia masih nama saya.. he he

Masa zaman sekolah, saya sering menggunakan nama NOORISMA, gabungan nama saya dan bapa saya, masa tu, saya belum dipanggil dengan nama NORA lagi. Nama NORA baru sahaja muncul dalam 12 tahun ini, sejak saya mengenali suami. Sebenarnya nama samaran saya ketika 'chatting' semasa zaman-zaman IRC (Internet Relay Chatting)... dan selepas itu, disebabkan keluarga suami dan rakan-rakan baru, saya gunakan nama NORA, lalu kekallah nama itu sebagai nora. Jadi nama panggilan saya : Nora, bukannya Isma dan Fuad (he he ..)

1 comment: