Followers, thanks

Followers

Kandungan PM

Bab 1: Wulan: Aini Melati @ Wulan... Aku adalah Wulan. (penamat di tempat yang sama)
Bab 2:BakriKameel b.Badrulhisyam...Aku adalah Kameel.(Penamat di tempat yang sama)
Bab 3:Zara Orkhid Bt Desa..Aku adalah Zara
(Penamat di tempat yang sama)
Bab 4:Dunia Derita (sambungan di penamat yang sama)
Bab 5;Seindah Pertemuan.
Bab 6:Bulan yang tercalar
Bab 7:Bulan yang terus berdarah.
Bab 8:Bulan yang tersenyum.
Bab 9:Gemilau Cahaya Bulan.
Bab 10: Rembulan Cinta

Thanks for visiting...

Blog Nora Fuad

Blog Nora Fuad
Blog Nora Fuad, sila klik. Tq

About Me

My photo
pernah belajar mass com, edu...older of 4 siblings.Married to Fuad Halimi.Ex teacher to MGS Klang,MGS KL,SMK Tunku Putra,Langkawi. Ex Student SMK Sultanah Bahiyah,SMK Mahsuri Langkawi,UKM dan UM.

Novel pertama Okt 2010

Novel pertama Okt 2010
NOVEL PERTAMA OKT 2010... Link info novel, sila klik gambar.TQ

NOVEL KE 2

NOVEL KE 2
NOVEL KE2, FEB 2011, Info sila klik di gambar. TQ

Wednesday, November 21, 2012

Jualan Gudang Karangkraf





  Jualan gudang Karangkraf akan diadakan bermula 30hb nov-2 dis 2012.

  Tempat: Ibu pejabat Karangkraf, Shah Alam. Seksyen 15, Shah Alam.

   Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Purnama Merindu, boleh dapatkan di sana! Diskaun hebat!

Wednesday, May 9, 2012

Pelancaran Purnama Merindu sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan

    Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang akan disambut di Ipoh Perak, PM akan turut dilancarkan di sana bersama 14 buah buku/novel lagi!


Informasi ini ditulis oleh rakan saya, Saudari Rosni Musa.. (Terima kasih daun keladi) 

 Nama pena beliau Nora Fuad. Dilahirkan pada 11 november di Seberang Prai & dibesarkan di Pulau Langkawi. Beliau seorang pendidik di salah sebuah sekolah di Selangor.
Memulakan karier penulisan pada tahun 2008 & novel beliau yg pertama diterbitkan pada tahun 2009 bertajuk DIMENSI CINTA.
Beliau menyukai konsep penulisan K.NOVEL (Knowledge Novel), Travelog dan juga yg berunsurkan islamik..
Di dalam berkarya, beliau tidak mahu mencemarkan elemen penulisan dgn 'adegan sx' kerana percaya elemen sedemikian boleh membawa keruntuhan jiwa & akhlak kepada masyarakat.
Sempena HARI GURU peringkat kebangsaan novel beliau bertajuk PURNAMA MERINDU terbitan BUKU PRIMA akan dilancarkan pada 15 Mei di Ipoh.
Syabas buat Nora Fuad. Semoga beliau kan terus berkarya & menghasilkan karya2 yg bermutu di masa2 akan datang..

Sinopsis PURNAMA MERINDU

Berfokuskan peluang kedua, ‘Rembulan biru’ adalah fenomena yang hanya muncul setiap 2.7.. bagi setiap tahun. Bermakna, hanya sekerap itu, manusia akan dapat melihat rembulan purnama dua kali dalam bulan yang sama. Rembulan cinta seperti mana datangnya Rembulan biru juga diharapkan dapat menjenguk kehidupan Kameel Bakri, Jamilah Mira Estee, Wulan@Aini Melati, Zara Orkhid, Dr Rafique dan Hamdan Erwan. Dapatkan mereka merasa peluang cinta kedua @rembulan cinta yang datangnya seindah bulan Rembulan Biru?

Kameel, Sang suami yang menjadi pungguk kepada Bulannya, Yang Mira@ Jamilah Asmira Estee. Walaupun lebih 180 purnama, tidak bersua, kesetiaannya tidak bertepi. Beristerikan Wulan dan berbapakan Ris dan Nina, tidak cukup menjadikan dia setia Sang Pungguk kepada ‘Sang Isteri’. Dia masih rindukan ……..Jamilah Asmira Estee!Berpisah di Perth dan bertemu kembali di Perth, adakah akan menyemarakkan cinta?

Wulan@Aini Melati: Sang Bulan kepada siPungguk, Rafique. Menjadi isteri, kepada Kameel, sekadar mengasak ingatan kepada Rafique. Bertemu lagi, menjadikan perasaan itu mengasak emosi dan memori luka! Dr Rafique dan Wulan yang sudah beristeri dan bersuami! Adakah Bulan dan Pungguk bisa bersatu?

Jamilah Asmira Estee: Dia tinggalkan ‘jiwanya’ dan ‘dewa cintanya’ di saat dia amat memerlukan dengan mengorbankan hati dan emosinya kerana tidak mahu menghancurkan perkahwinan Kameel dan isterinya Wulan. Badai akibat perpisahan yang berlaku di Universiti Murdoch di Perth menjadikan dia hanya mampu bersendirian. Akhirnya, di Perth, Kota cinta, dia bertemu Kameel lagi. Mampukan perpisahan khirnya, di Perth, Kota cinta, dia bertemu Kameel lagi. Mampukan perpisahan memisahkan mereka lagi? Sanggupkah dia menjadi orang kedua lagi?

Zara Orkhid@Miss Forgie @ Vannes, Perancis, bersikap skeptis’, ragu-ragu terhadap lelaki hanya kerana bapanya seorang yang bersikap kuasa ‘veto’, menguasai orang lain dengan mudah. Dapatkan Erwan atau Zariff Iskandar mengubah sikap skeptis Zara kepada lelaki?

Cinta adalah pengorbanan! Cinta bermakna, anda tidak selamanya bersatu! Sama-sama mengarak cinta di Vannes, menjelajah bumi Eropah, seperti di Jerman, Rom, Vannes dan Swiszerland, serta menyelami cinta di Pulau Cinta@ Pulau Tuba.

Monday, April 23, 2012

Purnama Merindu daripada kacamata seorang pembaca.

http://azieazah-aa.blogspot.com/2012/03/di-sebalik-purnama-merindu-syabas-nora.html

 Terima kasih kepada tuan punya blog ini yang memberi ulasan panjang lebar mengenai PM saya. Anda boleh membaca terus daripada link di blognya) Saya petik juga tulisannya diblog. Membaca di blog tuan punyanya lebih menarik sebab ada banyak gambar.

Aku nak review satu lagi novel. Novel ini lebih awal dibaca sebelum novel Impikan Mentari dalam entri sebelum ini.

Hasil karya Nora Isma Fuad. Jujur, memang ini pertama kali tahu nama novelis ni, dan tentulah aku tak kenal. AA tetap menulis pendapat sendiri tentang apa jua novel yang dibaca tanpa mengira siapa penulis atau mana publishernya.

Tetapi suka juga AA nak kongsi beberapa perkara, apa yang aku boleh katakan sebagai pelik dan kebetulan yang sungguh tidak diduga. Tidaklah besar hal itu, tetapi tetap menjadi suatu yang menarik juga.

Pertama, ketika hari pertama memulakan membaca novel ini, kebetulan pada 29 Februari (tahun lompat) dan watak kedua dalam novel ini (ZARA) rupanya lahir juga pada 29 Februari (page 13).

Sekiranya review tentang novel ini menjadi sedikt panjang, Sori Berlori ya. Tetapi novel Purnama Merindu ni memang best! Best sangat! Tak rugi beli.

Bagi sesapa yang tak minat bahasa bunga-bunga, mungkin tak setuju. Novel ini berbahasa indah, puitis dan perlambangan bulan banyak sekali digunakan bagi menggambarkan nama, keindahan wajah malah jangka masa sesuatu itu juga dikirakan sebagai berapa purnama, berapa hari... Sungguh menarik dan lain dari yang lain.

Walaupun tema hampir klise — perkahwinan yang diatur keluarga, tanpa rasa cinta — tetapi perkahwinan Aini Melati @ WULAN dan suaminya Bakri Kameel berlangsung selama 15 tahun walaupun mereka tidak mengenali sebelum itu, jauh sekali untuk bercinta.

Masing-masing menerima dan rumahtangga mereka lebih menjurus kepada tanggungjawab dan rasa sayang. Tanpa cinta. Di hati masing-masing sudah ada yang dikasihi sebelum itu. Redha menerima takdir dan jodoh.

WULAN begitu setia dan menjaga ibu mertuanya yang mengidap Alzheimer dengan penuh setia dan gigih sehingga hubungan kasih sayang menantu-mertua ini sangat utuh digambarkan. Ibu mertuanya kemudian meninggal dunia dan semua orang menerima kesan kesedihan yang tidak tergambar.

Adik WULAN bernama ZARA, berada di Vannes kerana menyambung PhD merupakan teman rapat, sahabat karib WULAN yang juga menjadi kesayangan ibu Kameel. Cara kehidupan di Vannes digambarkan dalam novel ini sungguh menarik. Malah hubungan komunikasi antaranya dengan keluarga di Malaysia bersesuaian sekali dengan teknologi masa kini iaitu Skype dan Facebook. Seronok membaca mereka bersembang dan kita berasa seolah-olah di sebelah mereka dan sama-sama membaca chat itu...

Malah gambaran dan info tentang begitu banyak tempat di Eropah juga diceritakan dengan jelas dan tepat. Ternyata penulis sangat teliti berkaitan dengan tempat bersejarah di luar negara (mungkin beliau sendiri pernah tinggal di sana?). Bagi yang gemar melancung, elok juga baca info dan cerita tentang tempat-tempat lawatan yang disebut dalam perbualan Zara dan teman serumahnya Eva bersama dua orang lelaki Jeremy (boyfriend Eva) dan Erwan.

WULAN dan Kameel akhirnya BERCERAI atas permintaan Wulan kerana Kameel berjumpa semula kekasih pertamanya semasa mereka belajar di Perth dulu. Asmira masih single, bagaikan menanti Kamel dalam rasa penuh bersalah kerana menggugurkan anak hasil hubungan sulit dengan Kamel tanpa pengetahuan Kameel sendiri. Atas rasa tanggungjawab dan insaf, Kameel berkahwin dengan Asmira dan rumahtangganya dengan Wulan semakin sejuk. Kerana merasa terabai Wulan meminta perpisahan. Selepas 15 tahun, selepas dia begitu setia dan begitu banyak pengorbanan yang dilakukannya.

Kena baca. Kita akan rasa kagum dengan Wulan yang nampak lembut dan rapuh, tetapi kemudiannya, dia menjadi seorang yang sangat kuat dah teguh sekali.

Apa jadi pada WULAN? Dapatkah dia bertemu semula pula dengan kekasihnya yang dicintai dahulu bernama Rizal Rafique itu? Kena baca.

Panjang dah entri ni. Apapun, wajar sekali novel ini dibaca oleh semua peringkat. Memang berbaloi. Aku suka bila “bulan” menjadi benda utama dalam novel ini.

Kebetulan yang lain pula, ada bahagian ketika mereka mendengar lagu Maher Zain (tak ingat page berapa) dan pada masa yang sama juga, lagu Maher Zain sedang berkumandang di radio sebelah aku!

Kesilapan ejaan tak banyak sangat tapi tetap ada. Ada satu yang aku rasa tidak patut berlaku ialah:


40 dan 000 itu TIDAK sepatutnya dipisahkan linenya (harus ada thin space), apatah lagi line keduanya berada di muka sebelah! > orang typesetting dia fahamlah...

Syabas kepada penulis dan Sori Berlori kepada penerbit. Kritikan AA selama ini tidak pernah ada “personal interest”. Saya bukan novelis, saya bukan kerja buat novel. Saya hanya seorang pembaca novel tegar yang kemudian gila nak tulis balik dalam blog sendiri.

Saturday, March 3, 2012

Purnama Merindu

   Apabila murid saya bertanya, "Novel cikgu tentang apa ya?" Saya kata, "Well, susah nak gambarkan jalan ceita, cara penulisan dalam ulasan pendek. Ialah, tak adil menggambarkan penulisan hampir 600 muka surat dalam 10 perkataan. Nak senang, baca e-novel di blog." Sememangnya  sukar nak katakan, novel PM ni mengenai apa? Kalau kata travel-log, memang travel juga, eropah, Australia dan sebagainya tetapi banyak juga perkara lain dalam novel juga! Jadi, susah mahu jelaskan...

  Saya berharapkan Pm memberi satu dimensi baru dalam pembacaan pembaca. Sudah sampai masanya minda pembaca bersikap terbuka terhadap 'intelektual' baru yang membuka ruang baru dalam minda kita. Sudah sampai masanya kita mencuba tektik bacaan baru, mendapatkan seberapa banyak perkara-perkara baru yg tidak kita mahu ketahui sebelum ini. Mungkin tidak berminat dengan urusan perniagaan tetapi mengapa tidak pelajari atau membaca hal yang baru? Mengapa tidak? Tiada ruginya mempelajari hal-hal baru. Sebarang ilmu yang memberi manfaat insya_Allah akan diberi ganjaran oleh Allah. Mudahan.

   Kata seorang pelajar saya yang membuatkan saya tersenyum. Katanya, "Cikgu, saya lihat Purnama Merindu cikgu sudah habis di One Utama. Kedai Popular?" aya katakan, "Iya ke?" Minggu lepas, kalau tak salah saya, masih ada lagi 4-5 buah." Saya terfikir2 mungkin saya boleh dapatkan maklumat dr Popular, meminta mereka membuat pesanan baru atau memberitahu penerbit mengenai keadaan ini. Dan saya tersenyum kambing apabila dia menyambung..."..tapi kan cikgu, saya tengok, mereka uka kotak untuk tambah buku di rak." Alhamdulillah.Jika anda belum mendapatkan PM lagi; inilah masanya. Rangkaian Popular sentiasa memberikan anda diskaun 20% daripada harga novel.

Thursday, January 12, 2012

Jom ke Karangkarf; alang-alang ke sana; jom jumpa saya 28 januari 2012



  Mendapat berita dijemput ke sana pada 28 Januari 2012 merupakan berita kedua terbaik pada tahun ini setelah akan bersama peluang 'high Tea' dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 21 Januari 2012. Jadi, jika anda belum mendapatkan PURNAMA MERINDU; apa lagi, dapatkannya dengan harga potongan (mungkin 20%, mungkin lebih sebab potongan buku-buku Karangkraf antara 20-70%) Saya pernah dijemput untuk menyertai Pesta Mini Buku Karangkraf di Kuala Selangor tetapi saya tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Kali ini, inilah peluang pertama untuk turut serta bersama keluarga besar Karangkraf. Terima kasih Karangkraf kerana menjemput saya bagi menyertai Pesta Buku Pertama mereka.

  Insya_Allah, saya akan memberi hadian istimewa kepada pembeli novel saya selain berpeluang mendaakan tandatangan pada novel yang anda beli. Jadi; apakah hadiah istimewa daripada saya? Ayuh, jom ke sana: 28 Januari 2012, jam 11.00 pagi sehingga 1 petang. Jumpa di sana!

Tuesday, January 10, 2012

Pesta Buku Karangkraf Januari 2012

Semua yang berminat dijemput hadir ke Karnival Buku Karangkraf 2012 ini. Antara pengisiannya, ada aktiviti jualan buku-buku dan majalah dengan harga diskaun.
Bagi Grup Buku Karangkraf, kami akan mengadakan Festival Penulis selama tiga hari berturut-turut 27, 28 dan 29 hb Januari 2012 di Auditorium Kompleks Media Karangkraf. Setiap hari ada acara SEMBANG BUKU - dua topik yang akan didiskusi setiap hari dengan panel (yang terdiri daripada artis, penulis novel prolifik, pengarah drama, pakar bahasa, pakar motivasi, penceramah bebas, pensyarah, penulis skrip, editor majalah Media Hiburan dan ramai lagi) dan moderator jemputan (personaliti televisyen terkenal, novelis dll).

Dalam masa sama, di luar auditorium ada aktiviti pentas, demo masakan, sesi bertemu penulis, demo melukis, peraduan mewarna dan pelbagai lagi. Inilah masa terbaik untuk anda bertemu dengan editor kami bagi membincangkan isu penerbitan projek penulisan ;)