Followers, thanks

Followers

Kandungan PM

Bab 1: Wulan: Aini Melati @ Wulan... Aku adalah Wulan. (penamat di tempat yang sama)
Bab 2:BakriKameel b.Badrulhisyam...Aku adalah Kameel.(Penamat di tempat yang sama)
Bab 3:Zara Orkhid Bt Desa..Aku adalah Zara
(Penamat di tempat yang sama)
Bab 4:Dunia Derita (sambungan di penamat yang sama)
Bab 5;Seindah Pertemuan.
Bab 6:Bulan yang tercalar
Bab 7:Bulan yang terus berdarah.
Bab 8:Bulan yang tersenyum.
Bab 9:Gemilau Cahaya Bulan.
Bab 10: Rembulan Cinta

Thanks for visiting...

Blog Nora Fuad

Blog Nora Fuad
Blog Nora Fuad, sila klik. Tq

About Me

My photo
pernah belajar mass com, edu...older of 4 siblings.Married to Fuad Halimi.Ex teacher to MGS Klang,MGS KL,SMK Tunku Putra,Langkawi. Ex Student SMK Sultanah Bahiyah,SMK Mahsuri Langkawi,UKM dan UM.

Novel pertama Okt 2010

Novel pertama Okt 2010
NOVEL PERTAMA OKT 2010... Link info novel, sila klik gambar.TQ

NOVEL KE 2

NOVEL KE 2
NOVEL KE2, FEB 2011, Info sila klik di gambar. TQ

Wednesday, December 14, 2011

Akhirnya bertemu empat pasang mata....bersama Kak Leyla Shuri dan Vimmi.

    Kira-kira beberapa bulan bermesej, mula-mulanya melalui pesanan message di blog, diikuti di Facebook,  kami akhirnya berjanji menggunakan 'skype' dengan kak Leyla Shuri. Kak Leyla merupakan  rakan penulis yang saya mulai kenali daripada blognya. (anda boleh melihat link blog yang saya sertakan di sudut kanan blog saya.) Kak Leyla menulis dengan nama penanya Leyla Shuri adalah penulis "Pulut Sakura Serunding Kasih" keluaran penerbit Karnadya Solutions.

     Jika anda pernah membaca Dimensi Cinta saya, anda akan membaca bagaimana watak utamanya Lukhman Hakim dan Suraya menggunakan Skype dalam berkomunikasi. Dan dalam ceritanya tentu anda membayangkan tentulah saya pernah menggunakan Skype dalam berhubung, jika tidak manalah saya tahu 'Skype' cara paling mudah berkomunikasi jika anda berada beribu batu daripada keluarga atau rakan anda!
Keluarga saya walaupu berada 5oo kilometer daripada saya, saya bila-bila masa sahaja boleh menghubungi mereka melalui Facebook mahupun telefon, tidak memerlukan 'Skype' untuk  berhubung. Andai tidak mengenali kak Leyla, sampai  entah bila saya akan berpeluang ber'Skype'.

     Dan saya mula berskype dengan Kak Leyla. Kami boleh bersembang berjam-jam lamanya. Jarak Pulau Okinawa (Jepun) dengan PJ, Selangor terasa bagaikan dekat sekali. Bagaikan adanya 'magis' dan adanya 'connection' kata Maxis! Dan kepulangannya ke Singapura dan seterusnya Malaysia, membawa kami merancang untuk bertemu. Sepatutnya pada tarikh 22 nov, saya akan menyambut kak Leyla di Stesyen kereta api di Kuala Lumpur, apabila dia pulang daripada lawatannya di Thailand (mengikuti lawatan Gapena ke sana), tetapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal, kami bakal bertemu sehari lewat!

  Malamnya saya tidak senang hati dibuatnya, maklumlah kali pertama bertemu. Walaupun sudah lama berbual mesra, tetapi tidak akan sama dengan bertemu empat mata bersama. Paginya pada jam 6 pagi, saya mengajak suami menyambut Kak Leyla (23 nov 2011). Stesyen Central KL menyaksi saksi pertemuan kami. Tidak susah mengenali kak Leyla.Rupanya sama sahaja dengan ketika ber'Skype'. Bagi pembaca yang tidak pernah berskype, mahupun membaca Dimensi Cinta (keluaran Karnadya) skype membolehkan kominikator melihat satu sama lain dengan jelas, juga mendengar suara bercakap seperti telefon. Yang anihnya, kami mempunyai tahi lalat pada kedudukan yang sama. Di pipi kanan. Cuma bezanya tahi lalat saya lebih kecil daripada tali lalat di pipi Kak Leyla. Setelah bersalaman dan berpelukan, kami bawa Kak Leyla ke rumah saya. Sempat saya menjamu Kak Leyla dengan nasi lemak (cuma, saya tidak memasak... he he, saya beli daripada gerai berdekatan) Berlaukan paru goreng, ikan bilis sambal, kami berbual lagi. 

   Hari ini kami merancang melawat Karnadya. Saja-saja melawat ke sana. KarnaDya terletak di Puchong, tidak jauh daripada rumah saya, sekadar 30 minit perjalanan. Cumanya, orang yang tidak boleh ingat jalan seperti saya, tentu akan sesat dan rajin-rajinlah bertanya jalannya. Setelah lima kali berhenti bertanya di Petronas (Lima stesyen Petronas) maka sampailah kami ke KarnaDya. Dan kemudiannya kami menjamu selera di kedai berdekatan, 'Nasi Kerabu Kelantan' yang lazat.

   Petangnya kami ke Bangsar dan bertemu Farina. Dan sesuatu yang tidak dirancang, kenalan kak Leyla, yang pemurah, Datuk Yussuf dan isterinya menjemput kami ke Tasik Perdana Lake Club (kerana saya benar-benar tidak tahu ke rumahnya, bimbang tersesat kerana hari sudahpun beransur malam) Dan selepas maghrib, kami tiba di Tasik Perdana Lake Club. Dijamu dengan makan malam ala Chinese  yang lazat. Terkejut saya apabila diberitahu, rupanya kak Leyla beserta Datuk-datinnya baru pertama kali dipertemukan! Masya_ALLAH! benarlah, jika kita berniat mulia, pasti akan ertemu orang lain yang berhati mulia juga! Alhamdulillah. Semoga pertemuan ini akan membawa kepada pertemuan lain yang memberi makna kepada kehidupan kami dan semua orang yang berada di sekeliling kami!  

  Keesokan harinya, Kak Leyla akan melibatkan diri dengan kursus di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan saya sendiri terlibat dengan projek pemberian wang RM 100 kepada murid kelas saya. Petangnya kami merancang akan bertemu Farina, seorang lagi kenalan Kak Leyla yang diperkenalkan melalui saya, bertempat di Bangsar. Dan semuanya berlaku seperti yang dirancang, paginya saya menghantar Kak Leyla ke DBP, kemudian, pulang semula ke sekolah, menguruskan bayaran wang pemberian RM 100 kepada murid-murid saya. Petangnya saya kembali ke DBP, sempat minum petang bersama Kak Leyla dan kebetulan bertemu rakan sekolah saya, Norliza. Kami kebetulan ternampak buku-buku kami yang dijual di DBP, Dimensi Cinta dan Cinta Sikunang-kunang serta buku Kak Leyla, Pulut Sakura dan Serunding kasih. Rasa seronok dan terasa 'ciwi' sekali dengan bergambar bersama buku-buku tersebut. Kenanganlah kata orang! Saya sendiri sudah lama tidak ke DBP (bertahun agaknya) andai tidak kerana menghantar Kak Leyla, tentu sekali saya tidak akan hadir ke sana lagi!

   Ketika pulang ke rumah, kebetulan adik ipar saya, dan anak mereka, Emily serta baby bersama mereka melawat ke rumah kami, memberi peluang untuk mengenali kak Leyla. Saya hanya memasak ringkas, sup ayam, goreng cendawan dan macaroni sup. 


  Esoknya, jumaat, Kak Leyla perlu berada di Seremban untuk mengendalikan Kursus Haiku di sana. Paginya kami merancang untuk bertemu Vimmi. Vimmi dan Kak Leyla sebenarnya sudah lama berkenalan melalui blog dan Facebook, cuma tidak berkesempatan bertemu. Saya dan Vimmi pula baru berkenalan beberapa bulan sebelum ini, dan kebetulan, namanya saya abadikan dalam manuskrip saya yang ke empat ini. Kami merancang utnuk bertemu di Central, kerana kebetulan, Kak Leyla perlu mendapatkan tiket kereta api dari Seremban ke Singapura. Pada petangnya saya dan suami menghantar Kak Leyla ke Seremban. 

    Pertemuan Vimmi bersama empat orang anaknya, bersama saya dan Kak Leyla berlaku dengan izinNya. Setelah bertahun kepulangan Kak Leyla, Vimmi tidak dapat bertemu, akhirnya, kami semua dapat berkenlaan dengan lebih dekat lagi! Ukhuwah terbina atas  nama keikhlasan! Kami sama-sama menghabiskan masa beberapa jam bersama, sehinggalah petang  tiba. Kami membawa diri ke destinasi masing-masing, dan saya dan Kak leyla akan ke Seremban di sebelah petangnya!

   Mujurlah suami berkelapangan ke Seremban. Jika tidak, sya berfikir akan bermalam di Seremban dan hanya akan pulang pagi esoknya. Tdak berani memandu balik malam-malam hari ke Pj semula. Dalam hati berbalam-balam, entah bila pula kami akan bertemu lagi. Dan kami pulang setelah dijamu makan di Hotel Seri Malaysia, Seremban. Terima kasih Kak Leyla! Semoga kita akan bertemu lagi di masa hadapan! Pertemuan yang indah, akan dikenang di sudut hati! Semoga projek yang kita bincangkan akan bermula secepatnya Kak Leyla! Cerita yang cukup 'stunning'. Dan ceritanya! Biarlah Rahsia!

   Pertemuan indah yang menjadi nostalgia! Indah! Bagai mimpi menjadi nyata!






Saturday, December 3, 2011

Motivasi saya

  Ayuh berpesta buku,   Pesta Jualan Karangkarf 2-4 dis, seksyen 15.Shah Alam.
Tanyalah mana-mana penulis pun, kami tentu memerlukan suntikan untuk lebih bermotivasi. salah satunya jualan novel. Dua motivasi yang antara terhebat saya, daripada Buku prima (Terima kasih Ketua Editor: Encik Mohd Ali atas berita ini)
dan Kedua, Puan Fauziah Ashari: Kata-kata"Saya tunggu buku Nora..." bagaikan suntikan semangat yg menjulang tinggi. Maklumlah sebagai penulis baru, dalam dunia penulisan ini, sokongan penulis yang sudah 'popular' sebagai penyuntik semangat agar lebih giat menulis!


‎3 Disember, 2011, buka sahaja kedai, orang ramai dah serbu nak beli produk GBK. Novel2 bestseller seperti C..., PURNAMA MERINDU, ... bagaikan goreng pisang panas! Bawa tiga empat kotak pun, tak sampai satu jam, habis dibeli. Terima kasih kepada pembeli2 yang menyokong produk Buku Prima. Esok hari terakhir, bagi mereka yang belum datang, cepat rebut peluang ini. Diskaun di antara 25% hingga 70%.
sy tunggu novel nora seterusnya...
· · See friendship · Wednesday at 17:08


    • Noor Arbaiah Nora Fuad Sedang terkial-kial Puan fauziah.. he he..
      Wednesday at 17:08 ·

    • Intens Idea Fauziah Ashari lama lg ker? heh...heh...kdg2 agak boring bc yg terlalu remaja...dah meningkat usia ni cari yg matang sikit...
      Wednesday at 17:10 ·

    • Intens Idea Fauziah Ashari Oh...lg satu sesama penulis...x yah nak berpuan2...lucu la pulak rasanya...
      Wednesday at 17:11 ·

    • Noor Arbaiah Nora Fuad betul2.. dah nak hanis, janji dgn en mohd ali, 2 dis ni nak hantar.. berpeluh2 ni menyiapkan bab akhir.
      Wednesday at 17:11 ·

    • Noor Arbaiah Nora Fuad saya nak panggil main2 belasah pun takut, ada yg suka dipanggil puan.. he he..
      Wednesday at 17:11 ·

    • Noor Arbaiah Nora Fuad Terharu apabila penulis terkenal bertanyakan karya terbaru.. adus! bimbang juga ada, takut kalau karya semakin merosot.. seram!
      Wednesday at 17:13 ·

    • Intens Idea Fauziah Ashari ha..ha...ya ker ada yg teringin nak dipanggil 'puan'. hii...hii...sy rimas sesangat kecuali formal dan sy x kenal mereka...boleh diterima...
      Wednesday at 17:14 ·

    • Intens Idea Fauziah Ashari rasa2nya semua penulis bimbang merosot setiap kali ada buku baru. sy pun cam tu jugak...bimbang kecewakan pembaca...tp yakin diri aje la..tawakal aje la...pandang ke depan...pentingnya nawaitu kita menulis...
      Wednesday at 17:16 · · 1

    • Noor Arbaiah Nora Fuad ada yg macam tu.. saya pun rimau berpuan, tapi takut juga. anyway, tanda hormatkan.. he he
      Wednesday at 17:16 · · 1

    • Noor Arbaiah Nora Fuad betul2.. saya setuju. kalau ikutkan pembaca, 1001 pilihan.. macam mana nak ikutkan semua kehendak.
      Wednesday at 17:16 ·

    • Intens Idea Fauziah Ashari ikut semua kehendak pembaca? strategi...tp susah jugak nak ckp sal strategi ni...subjektif ikut pemikiran masing2...
      Wednesday at 17:20 · · 1

    • Noor Arbaiah Nora Fuad saya setuju. lebih suka ikut kepala saya sendiri je.. he he he... maknanya macam mana saya nak 'belok' dalam cerita, ikut hati sendiri.
      Wednesday at 17:27 ·

    • Intens Idea Fauziah Ashari hmm...susah nak cakap kan...kita buat la apa yg terdaya moga pembaca dpt kebaikan daripdanya...
      Wednesday at 17:34 · · 1
PETIKAN WALL BUKU PRIMA: 3 Disember, 2011, buka sahaja kedai, orang ramai dah serbu nak beli produk GBK. Novel2 bestseller seperti...., PURNAMA MERINDU..., (NORA ISMA FUAD) bagaikan goreng pisang panas! Bawa tiga empat kotak pun, tak sampai satu jam, habis dibeli. Terima kasih kepada pembeli2 yang menyokong produk Buku Prima. Esok hari terakhir, bagi mereka yang belum datang, cepat rebut peluang ini. Diskaun di antara 25% hingga 70%.
 
Jom serbu Pesta Buku Karangkraf: seksyen 15 2-4 dis 2011.