NORA ISMA FUAD NOVEL NOVELOG terbaru,ke 3, 15 Jun 2011 JUALAN TERBAIK BULAN JULAI -BUKU PRIMA--Dapatkan rebet 20% diskaun di Popular Book Store: sekarang Nov-dis 2011) & pesta buku Karangkraf (2-4 dis 2011) Diskaun sehingga 30%. www.bukuprima.com.my, MPH,Popular BOOK Store Cetakan Pertama Jun 2011. Cetakan Kedua Ogos 2011. Novel ini sudah meneroka sehingga ke Perancis, Rome,(Itali) anda bila lagi?
Followers, thanks
| Blog: |
| Novel Purnama Merindu |
Topics: |
| Novel, Cinta, Petikan |
Jom berinteraksi secara 'on line'
Followers
Kandungan PM
Bab 1: Wulan: Aini Melati @ Wulan... Aku adalah Wulan. (penamat di tempat yang sama)
Bab 2:BakriKameel b.Badrulhisyam...Aku adalah Kameel.(Penamat di tempat yang sama)
Bab 3:Zara Orkhid Bt Desa..Aku adalah Zara
(Penamat di tempat yang sama)
Bab 4:Dunia Derita (sambungan di penamat yang sama)
Bab 5;Seindah Pertemuan.
Bab 6:Bulan yang tercalar
Bab 7:Bulan yang terus berdarah.
Bab 8:Bulan yang tersenyum.
Bab 9:Gemilau Cahaya Bulan.
Bab 10: Rembulan Cinta
Bab 2:BakriKameel b.Badrulhisyam...Aku adalah Kameel.(Penamat di tempat yang sama)
Bab 3:Zara Orkhid Bt Desa..Aku adalah Zara
(Penamat di tempat yang sama)
Bab 4:Dunia Derita (sambungan di penamat yang sama)
Bab 5;Seindah Pertemuan.
Bab 6:Bulan yang tercalar
Bab 7:Bulan yang terus berdarah.
Bab 8:Bulan yang tersenyum.
Bab 9:Gemilau Cahaya Bulan.
Bab 10: Rembulan Cinta
Thanks for visiting...
Popular Posts
About Me
- Nora Isma Fuad
- pernah belajar mass com, edu...older of 4 siblings.Married to Fuad Halimi.Ex teacher to MGS Klang,MGS KL,SMK Tunku Putra,Langkawi. Ex Student SMK Sultanah Bahiyah,SMK Mahsuri Langkawi,UKM dan UM.
Saturday, July 6, 2013
Jom baca Purnama Merindu...
Jika Emily El Zahra, boleh rasa 'selamat' untuk membaca Purnama Merindu (dengan bantuan semestinya sebab kurang faham perkataan dan isi kandungan) Sudah tentu novel ini tidak akan membahayakan pembacaan kanak-kanak, remaja atau orang dewasa yang lain!
Wednesday, April 24, 2013
PROMO NOVELIS NORA ISMA FUAD
Hadiah Pertama - Kedua-ketiga: beg kulit dari vietnam
PROMO NOVELIS NORA ISMA FUAD
Promo novel Nora Isma Fuad sempena Pesta
Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013.
Berlangsung dari tarikh 26 April – 26 Jun
2013
Hadiah Pertama.
1. Beg
kulit yang dibawa khas dari Vietnam.
2. Sebuah
bekas barang kemas/gincu.
3. Novel
baru yang akan diterbitkan.
Hadiah Kedua.
1. Beg kulit yang dibawa
khas dari Vietnam.
2. Sebuah bekas barang kemas/gincu.
Hadiah Ketiga.
1. Beg kulit yang dibawa
khas dari Vietnam.
2. Sebuah bekas barang kemas/gincu.
7 hadiah saguhati.
Sebuah bekas barang kemas/gincu setiap
satu.
Cara Penyertaan.
1. Pembaca
mesti mendapatkan novel PURNAMA MERINDU (Keluaran BUKU PRIMA, Karangkraf) dan
sebuah novel pilihan (DIMENSI CINTA ATAU CINTA SIKUNANG-KUNANG; Terbitan
KARNADYA sdn Berhad.)
2. Mengambil
foto anda bersama dua novel pilihan dengan gaya menarik, bertulis dengan
kapsyen, ‘Saya membaca novel NORA ISMA FUAD@NORA FUAD’
3. Menulis
NORA ISMA FUAD@NORA FUAD memberi saya inspirasi kerana…. (tidak kurang 150
perkataan)
4. Panduan
bagi menulis esei :
a) Watak
utama dalam novel Purnama Merindu/Dimensi Cinta atau Cinta Sikunang-kunang.
b) Watak
sampingan.
c) Latar
novel.
d) Plot
penceritaan yang bergerak dengan drastik, berkembang dgn selari.
5. Menulis
dengan gaya
anda tersendiri.
6. Pembaca
meletakkan Promo di blog anda/facebook anda (sila tag Novel Nora Fuad dan Nora
Fuad Noor Arbaiah serta emailkan esei,
foto anda kepada novelnorafuad@gmail.com
7. Penyertaan dengan gambar yang ulasan yang
menarik, akan
dipilih oleh panel penilai.
Wednesday, November 21, 2012
Jualan Gudang Karangkraf
Jualan gudang Karangkraf akan diadakan bermula 30hb nov-2 dis 2012.
Tempat: Ibu pejabat Karangkraf, Shah Alam. Seksyen 15, Shah Alam.
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Purnama Merindu, boleh dapatkan di sana! Diskaun hebat!
Wednesday, May 9, 2012
Pelancaran Purnama Merindu sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan
Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang akan disambut di Ipoh Perak, PM akan turut dilancarkan di sana bersama 14 buah buku/novel lagi!
Informasi ini ditulis oleh rakan saya, Saudari Rosni Musa.. (Terima kasih daun keladi)
Nama pena
beliau Nora Fuad. Dilahirkan pada 11 november di Seberang Prai & dibesarkan
di Pulau Langkawi. Beliau seorang pendidik di salah sebuah sekolah di Selangor.
Memulakan karier penulisan pada tahun 2008 & novel beliau yg pertama diterbitkan pada tahun 2009 bertajuk DIMENSI CINTA.
Beliau menyukai konsep penulisan K.NOVEL (Knowledge Novel), Travelog dan juga yg berunsurkan islamik..
Di dalam berkarya, beliau tidak mahu mencemarkan elemen penulisan dgn 'adegan sx' kerana percaya elemen sedemikian boleh membawa keruntuhan jiwa & akhlak kepada masyarakat.
Sempena HARI GURU peringkat kebangsaan novel beliau bertajuk PURNAMA MERINDU terbitan BUKU PRIMA akan dilancarkan pada 15 Mei di Ipoh.
Syabas buat Nora Fuad. Semoga beliau kan terus berkarya & menghasilkan karya2 yg bermutu di masa2 akan datang..
Memulakan karier penulisan pada tahun 2008 & novel beliau yg pertama diterbitkan pada tahun 2009 bertajuk DIMENSI CINTA.
Beliau menyukai konsep penulisan K.NOVEL (Knowledge Novel), Travelog dan juga yg berunsurkan islamik..
Di dalam berkarya, beliau tidak mahu mencemarkan elemen penulisan dgn 'adegan sx' kerana percaya elemen sedemikian boleh membawa keruntuhan jiwa & akhlak kepada masyarakat.
Sempena HARI GURU peringkat kebangsaan novel beliau bertajuk PURNAMA MERINDU terbitan BUKU PRIMA akan dilancarkan pada 15 Mei di Ipoh.
Syabas buat Nora Fuad. Semoga beliau kan terus berkarya & menghasilkan karya2 yg bermutu di masa2 akan datang..
Sinopsis PURNAMA MERINDU
Berfokuskan peluang kedua, ‘Rembulan biru’ adalah fenomena yang hanya muncul setiap 2.7.. bagi setiap tahun. Bermakna, hanya sekerap itu, manusia akan dapat melihat rembulan purnama dua kali dalam bulan yang sama. Rembulan cinta seperti mana datangnya Rembulan biru juga diharapkan dapat menjenguk kehidupan Kameel Bakri, Jamilah Mira Estee, Wulan@Aini Melati, Zara Orkhid, Dr Rafique dan Hamdan Erwan. Dapatkan mereka merasa peluang cinta kedua @rembulan cinta yang datangnya seindah bulan Rembulan Biru?
Berfokuskan peluang kedua, ‘Rembulan biru’ adalah fenomena yang hanya muncul setiap 2.7.. bagi setiap tahun. Bermakna, hanya sekerap itu, manusia akan dapat melihat rembulan purnama dua kali dalam bulan yang sama. Rembulan cinta seperti mana datangnya Rembulan biru juga diharapkan dapat menjenguk kehidupan Kameel Bakri, Jamilah Mira Estee, Wulan@Aini Melati, Zara Orkhid, Dr Rafique dan Hamdan Erwan. Dapatkan mereka merasa peluang cinta kedua @rembulan cinta yang datangnya seindah bulan Rembulan Biru?
Kameel, Sang suami yang menjadi
pungguk kepada Bulannya, Yang Mira@ Jamilah Asmira Estee. Walaupun lebih 180
purnama, tidak bersua, kesetiaannya tidak bertepi. Beristerikan Wulan dan
berbapakan Ris dan Nina, tidak cukup menjadikan dia setia Sang Pungguk kepada
‘Sang Isteri’. Dia masih rindukan ……..Jamilah Asmira Estee!Berpisah di Perth
dan bertemu kembali di Perth,
adakah akan menyemarakkan cinta?
Wulan@Aini Melati: Sang Bulan kepada siPungguk, Rafique. Menjadi isteri, kepada Kameel, sekadar mengasak ingatan kepada Rafique. Bertemu lagi, menjadikan perasaan itu mengasak emosi dan memori luka! Dr Rafique dan Wulan yang sudah beristeri dan bersuami! Adakah Bulan dan Pungguk bisa bersatu?
Jamilah Asmira Estee: Dia tinggalkan ‘jiwanya’ dan ‘dewa cintanya’ di saat dia amat memerlukan dengan mengorbankan hati dan emosinya kerana tidak mahu menghancurkan perkahwinan Kameel dan isterinya Wulan. Badai akibat perpisahan yang berlaku di Universiti Murdoch di Perth menjadikan dia hanya mampu bersendirian. Akhirnya, di Perth, Kota cinta, dia bertemu Kameel lagi. Mampukan perpisahan khirnya, di Perth, Kota cinta, dia bertemu Kameel lagi. Mampukan perpisahan memisahkan mereka lagi? Sanggupkah dia menjadi orang kedua lagi?
Zara Orkhid@Miss Forgie @ Vannes, Perancis, bersikap skeptis’, ragu-ragu terhadap lelaki hanya kerana bapanya seorang yang bersikap kuasa ‘veto’, menguasai orang lain dengan mudah. Dapatkan Erwan atau Zariff Iskandar mengubah sikap skeptis Zara kepada lelaki?
Cinta adalah pengorbanan! Cinta bermakna, anda tidak selamanya bersatu! Sama-sama mengarak cinta di Vannes, menjelajah bumi Eropah, seperti di Jerman, Rom, Vannes dan Swiszerland, serta menyelami cinta di Pulau Cinta@ Pulau Tuba.
Wulan@Aini Melati: Sang Bulan kepada siPungguk, Rafique. Menjadi isteri, kepada Kameel, sekadar mengasak ingatan kepada Rafique. Bertemu lagi, menjadikan perasaan itu mengasak emosi dan memori luka! Dr Rafique dan Wulan yang sudah beristeri dan bersuami! Adakah Bulan dan Pungguk bisa bersatu?
Jamilah Asmira Estee: Dia tinggalkan ‘jiwanya’ dan ‘dewa cintanya’ di saat dia amat memerlukan dengan mengorbankan hati dan emosinya kerana tidak mahu menghancurkan perkahwinan Kameel dan isterinya Wulan. Badai akibat perpisahan yang berlaku di Universiti Murdoch di Perth menjadikan dia hanya mampu bersendirian. Akhirnya, di Perth, Kota cinta, dia bertemu Kameel lagi. Mampukan perpisahan khirnya, di Perth, Kota cinta, dia bertemu Kameel lagi. Mampukan perpisahan memisahkan mereka lagi? Sanggupkah dia menjadi orang kedua lagi?
Zara Orkhid@Miss Forgie @ Vannes, Perancis, bersikap skeptis’, ragu-ragu terhadap lelaki hanya kerana bapanya seorang yang bersikap kuasa ‘veto’, menguasai orang lain dengan mudah. Dapatkan Erwan atau Zariff Iskandar mengubah sikap skeptis Zara kepada lelaki?
Cinta adalah pengorbanan! Cinta bermakna, anda tidak selamanya bersatu! Sama-sama mengarak cinta di Vannes, menjelajah bumi Eropah, seperti di Jerman, Rom, Vannes dan Swiszerland, serta menyelami cinta di Pulau Cinta@ Pulau Tuba.
Monday, April 23, 2012
Purnama Merindu daripada kacamata seorang pembaca.
http://azieazah-aa.blogspot.com/2012/03/di-sebalik-purnama-merindu-syabas-nora.html
Terima kasih kepada tuan punya blog ini yang memberi ulasan panjang lebar mengenai PM saya. Anda boleh membaca terus daripada link di blognya) Saya petik juga tulisannya diblog. Membaca di blog tuan punyanya lebih menarik sebab ada banyak gambar.
Sekiranya review tentang novel ini menjadi sedikt panjang, Sori Berlori ya. Tetapi novel Purnama Merindu ni memang best! Best sangat! Tak rugi beli.
WULAN dan Kameel akhirnya BERCERAI atas permintaan Wulan kerana Kameel berjumpa semula kekasih pertamanya semasa mereka belajar di Perth dulu. Asmira masih single, bagaikan menanti Kamel dalam rasa penuh bersalah kerana menggugurkan anak hasil hubungan sulit dengan Kamel tanpa pengetahuan Kameel sendiri. Atas rasa tanggungjawab dan insaf, Kameel berkahwin dengan Asmira dan rumahtangganya dengan Wulan semakin sejuk. Kerana merasa terabai Wulan meminta perpisahan. Selepas 15 tahun, selepas dia begitu setia dan begitu banyak pengorbanan yang dilakukannya.
Kena baca. Kita akan rasa kagum dengan Wulan yang nampak lembut dan rapuh, tetapi kemudiannya, dia menjadi seorang yang sangat kuat dah teguh sekali.
Kesilapan ejaan tak banyak sangat tapi tetap ada. Ada satu yang aku rasa tidak patut berlaku ialah:
40 dan 000 itu TIDAK sepatutnya dipisahkan linenya (harus ada thin space), apatah lagi line keduanya berada di muka sebelah! > orang typesetting dia fahamlah...
Terima kasih kepada tuan punya blog ini yang memberi ulasan panjang lebar mengenai PM saya. Anda boleh membaca terus daripada link di blognya) Saya petik juga tulisannya diblog. Membaca di blog tuan punyanya lebih menarik sebab ada banyak gambar.
Aku nak review satu lagi novel. Novel ini lebih awal dibaca sebelum novel Impikan Mentari dalam entri sebelum ini.
Hasil karya Nora Isma Fuad. Jujur, memang ini pertama kali tahu nama novelis ni, dan tentulah aku tak kenal. AA tetap menulis pendapat sendiri tentang apa jua novel yang dibaca tanpa mengira siapa penulis atau mana publishernya.
Tetapi suka juga AA nak kongsi beberapa perkara, apa yang aku boleh katakan sebagai pelik dan kebetulan yang sungguh tidak diduga. Tidaklah besar hal itu, tetapi tetap menjadi suatu yang menarik juga.
Hasil karya Nora Isma Fuad. Jujur, memang ini pertama kali tahu nama novelis ni, dan tentulah aku tak kenal. AA tetap menulis pendapat sendiri tentang apa jua novel yang dibaca tanpa mengira siapa penulis atau mana publishernya.
Tetapi suka juga AA nak kongsi beberapa perkara, apa yang aku boleh katakan sebagai pelik dan kebetulan yang sungguh tidak diduga. Tidaklah besar hal itu, tetapi tetap menjadi suatu yang menarik juga.
Pertama, ketika hari pertama memulakan membaca novel ini, kebetulan pada 29 Februari (tahun lompat) dan watak kedua dalam novel ini (ZARA) rupanya lahir juga pada 29 Februari (page 13).
Sekiranya review tentang novel ini menjadi sedikt panjang, Sori Berlori ya. Tetapi novel Purnama Merindu ni memang best! Best sangat! Tak rugi beli.
Bagi sesapa yang tak minat bahasa bunga-bunga, mungkin tak setuju. Novel ini berbahasa indah, puitis dan perlambangan bulan banyak sekali digunakan bagi menggambarkan nama, keindahan wajah malah jangka masa sesuatu itu juga dikirakan sebagai berapa purnama, berapa hari... Sungguh menarik dan lain dari yang lain.
Walaupun tema hampir klise — perkahwinan yang diatur keluarga, tanpa rasa cinta — tetapi perkahwinan Aini Melati @ WULAN dan suaminya Bakri Kameel berlangsung selama 15 tahun walaupun mereka tidak mengenali sebelum itu, jauh sekali untuk bercinta.
Masing-masing menerima dan rumahtangga mereka lebih menjurus kepada tanggungjawab dan rasa sayang. Tanpa cinta. Di hati masing-masing sudah ada yang dikasihi sebelum itu. Redha menerima takdir dan jodoh.
WULAN begitu setia dan menjaga ibu mertuanya yang mengidap Alzheimer dengan penuh setia dan gigih sehingga hubungan kasih sayang menantu-mertua ini sangat utuh digambarkan. Ibu mertuanya kemudian meninggal dunia dan semua orang menerima kesan kesedihan yang tidak tergambar.
Adik WULAN bernama ZARA, berada di Vannes kerana menyambung PhD merupakan teman rapat, sahabat karib WULAN yang juga menjadi kesayangan ibu Kameel. Cara kehidupan di Vannes digambarkan dalam novel ini sungguh menarik. Malah hubungan komunikasi antaranya dengan keluarga di Malaysia bersesuaian sekali dengan teknologi masa kini iaitu Skype dan Facebook. Seronok membaca mereka bersembang dan kita berasa seolah-olah di sebelah mereka dan sama-sama membaca chat itu...
Malah gambaran dan info tentang begitu banyak tempat di Eropah juga diceritakan dengan jelas dan tepat. Ternyata penulis sangat teliti berkaitan dengan tempat bersejarah di luar negara (mungkin beliau sendiri pernah tinggal di sana?). Bagi yang gemar melancung, elok juga baca info dan cerita tentang tempat-tempat lawatan yang disebut dalam perbualan Zara dan teman serumahnya Eva bersama dua orang lelaki Jeremy (boyfriend Eva) dan Erwan.
WULAN dan Kameel akhirnya BERCERAI atas permintaan Wulan kerana Kameel berjumpa semula kekasih pertamanya semasa mereka belajar di Perth dulu. Asmira masih single, bagaikan menanti Kamel dalam rasa penuh bersalah kerana menggugurkan anak hasil hubungan sulit dengan Kamel tanpa pengetahuan Kameel sendiri. Atas rasa tanggungjawab dan insaf, Kameel berkahwin dengan Asmira dan rumahtangganya dengan Wulan semakin sejuk. Kerana merasa terabai Wulan meminta perpisahan. Selepas 15 tahun, selepas dia begitu setia dan begitu banyak pengorbanan yang dilakukannya.
Kena baca. Kita akan rasa kagum dengan Wulan yang nampak lembut dan rapuh, tetapi kemudiannya, dia menjadi seorang yang sangat kuat dah teguh sekali.
Apa jadi pada WULAN? Dapatkah dia bertemu semula pula dengan kekasihnya yang dicintai dahulu bernama Rizal Rafique itu? Kena baca.
Panjang dah entri ni. Apapun, wajar sekali novel ini dibaca oleh semua peringkat. Memang berbaloi. Aku suka bila “bulan” menjadi benda utama dalam novel ini.
Kebetulan yang lain pula, ada bahagian ketika mereka mendengar lagu Maher Zain (tak ingat page berapa) dan pada masa yang sama juga, lagu Maher Zain sedang berkumandang di radio sebelah aku!
Kesilapan ejaan tak banyak sangat tapi tetap ada. Ada satu yang aku rasa tidak patut berlaku ialah:
40 dan 000 itu TIDAK sepatutnya dipisahkan linenya (harus ada thin space), apatah lagi line keduanya berada di muka sebelah! > orang typesetting dia fahamlah...
Syabas kepada penulis dan Sori Berlori kepada penerbit. Kritikan AA selama ini tidak pernah ada “personal interest”. Saya bukan novelis, saya bukan kerja buat novel. Saya hanya seorang pembaca novel tegar yang kemudian gila nak tulis balik dalam blog sendiri.
Saturday, March 3, 2012
Purnama Merindu
Apabila murid saya bertanya, "Novel cikgu tentang apa ya?" Saya kata, "Well, susah nak gambarkan jalan ceita, cara penulisan dalam ulasan pendek. Ialah, tak adil menggambarkan penulisan hampir 600 muka surat dalam 10 perkataan. Nak senang, baca e-novel di blog." Sememangnya sukar nak katakan, novel PM ni mengenai apa? Kalau kata travel-log, memang travel juga, eropah, Australia dan sebagainya tetapi banyak juga perkara lain dalam novel juga! Jadi, susah mahu jelaskan...
Saya berharapkan Pm memberi satu dimensi baru dalam pembacaan pembaca. Sudah sampai masanya minda pembaca bersikap terbuka terhadap 'intelektual' baru yang membuka ruang baru dalam minda kita. Sudah sampai masanya kita mencuba tektik bacaan baru, mendapatkan seberapa banyak perkara-perkara baru yg tidak kita mahu ketahui sebelum ini. Mungkin tidak berminat dengan urusan perniagaan tetapi mengapa tidak pelajari atau membaca hal yang baru? Mengapa tidak? Tiada ruginya mempelajari hal-hal baru. Sebarang ilmu yang memberi manfaat insya_Allah akan diberi ganjaran oleh Allah. Mudahan.
Kata seorang pelajar saya yang membuatkan saya tersenyum. Katanya, "Cikgu, saya lihat Purnama Merindu cikgu sudah habis di One Utama. Kedai Popular?" aya katakan, "Iya ke?" Minggu lepas, kalau tak salah saya, masih ada lagi 4-5 buah." Saya terfikir2 mungkin saya boleh dapatkan maklumat dr Popular, meminta mereka membuat pesanan baru atau memberitahu penerbit mengenai keadaan ini. Dan saya tersenyum kambing apabila dia menyambung..."..tapi kan cikgu, saya tengok, mereka uka kotak untuk tambah buku di rak." Alhamdulillah.Jika anda belum mendapatkan PM lagi; inilah masanya. Rangkaian Popular sentiasa memberikan anda diskaun 20% daripada harga novel.
Saya berharapkan Pm memberi satu dimensi baru dalam pembacaan pembaca. Sudah sampai masanya minda pembaca bersikap terbuka terhadap 'intelektual' baru yang membuka ruang baru dalam minda kita. Sudah sampai masanya kita mencuba tektik bacaan baru, mendapatkan seberapa banyak perkara-perkara baru yg tidak kita mahu ketahui sebelum ini. Mungkin tidak berminat dengan urusan perniagaan tetapi mengapa tidak pelajari atau membaca hal yang baru? Mengapa tidak? Tiada ruginya mempelajari hal-hal baru. Sebarang ilmu yang memberi manfaat insya_Allah akan diberi ganjaran oleh Allah. Mudahan.
Kata seorang pelajar saya yang membuatkan saya tersenyum. Katanya, "Cikgu, saya lihat Purnama Merindu cikgu sudah habis di One Utama. Kedai Popular?" aya katakan, "Iya ke?" Minggu lepas, kalau tak salah saya, masih ada lagi 4-5 buah." Saya terfikir2 mungkin saya boleh dapatkan maklumat dr Popular, meminta mereka membuat pesanan baru atau memberitahu penerbit mengenai keadaan ini. Dan saya tersenyum kambing apabila dia menyambung..."..tapi kan cikgu, saya tengok, mereka uka kotak untuk tambah buku di rak." Alhamdulillah.Jika anda belum mendapatkan PM lagi; inilah masanya. Rangkaian Popular sentiasa memberikan anda diskaun 20% daripada harga novel.
Thursday, January 12, 2012
Jom ke Karangkarf; alang-alang ke sana; jom jumpa saya 28 januari 2012
Mendapat berita dijemput ke sana pada 28 Januari 2012 merupakan berita kedua terbaik pada tahun ini setelah akan bersama peluang 'high Tea' dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 21 Januari 2012. Jadi, jika anda belum mendapatkan PURNAMA MERINDU; apa lagi, dapatkannya dengan harga potongan (mungkin 20%, mungkin lebih sebab potongan buku-buku Karangkraf antara 20-70%) Saya pernah dijemput untuk menyertai Pesta Mini Buku Karangkraf di Kuala Selangor tetapi saya tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Kali ini, inilah peluang pertama untuk turut serta bersama keluarga besar Karangkraf. Terima kasih Karangkraf kerana menjemput saya bagi menyertai Pesta Buku Pertama mereka.
Insya_Allah, saya akan memberi hadian istimewa kepada pembeli novel saya selain berpeluang mendaakan tandatangan pada novel yang anda beli. Jadi; apakah hadiah istimewa daripada saya? Ayuh, jom ke sana: 28 Januari 2012, jam 11.00 pagi sehingga 1 petang. Jumpa di sana!
Tuesday, January 10, 2012
Pesta Buku Karangkraf Januari 2012
Semua yang berminat dijemput hadir ke Karnival Buku Karangkraf 2012 ini. Antara pengisiannya, ada aktiviti jualan buku-buku dan majalah dengan harga diskaun.
Bagi Grup Buku Karangkraf, kami akan mengadakan Festival Penulis selama tiga hari berturut-turut 27, 28 dan 29 hb Januari 2012 di Auditorium Kompleks Media Karangkraf. Setiap hari ada acara SEMBANG BUKU - dua topik yang akan didiskusi setiap hari dengan panel (yang terdiri daripada artis, penulis novel prolifik, pengarah drama, pakar bahasa, pakar motivasi, penceramah bebas, pensyarah, penulis skrip, editor majalah Media Hiburan dan ramai lagi) dan moderator jemputan (personaliti televisyen terkenal, novelis dll).
Dalam masa sama, di luar auditorium ada aktiviti pentas, demo masakan, sesi bertemu penulis, demo melukis, peraduan mewarna dan pelbagai lagi. Inilah masa terbaik untuk anda bertemu dengan editor kami bagi membincangkan isu penerbitan projek penulisan ;)
Wednesday, December 14, 2011
Akhirnya bertemu empat pasang mata....bersama Kak Leyla Shuri dan Vimmi.
Kira-kira beberapa bulan bermesej, mula-mulanya melalui pesanan message di blog, diikuti di Facebook, kami akhirnya berjanji menggunakan 'skype' dengan kak Leyla Shuri. Kak Leyla merupakan rakan penulis yang saya mulai kenali daripada blognya. (anda boleh melihat link blog yang saya sertakan di sudut kanan blog saya.) Kak Leyla menulis dengan nama penanya Leyla Shuri adalah penulis "Pulut Sakura Serunding Kasih" keluaran penerbit Karnadya Solutions.
Jika anda pernah membaca Dimensi Cinta saya, anda akan membaca bagaimana watak utamanya Lukhman Hakim dan Suraya menggunakan Skype dalam berkomunikasi. Dan dalam ceritanya tentu anda membayangkan tentulah saya pernah menggunakan Skype dalam berhubung, jika tidak manalah saya tahu 'Skype' cara paling mudah berkomunikasi jika anda berada beribu batu daripada keluarga atau rakan anda!
Keluarga saya walaupu berada 5oo kilometer daripada saya, saya bila-bila masa sahaja boleh menghubungi mereka melalui Facebook mahupun telefon, tidak memerlukan 'Skype' untuk berhubung. Andai tidak mengenali kak Leyla, sampai entah bila saya akan berpeluang ber'Skype'. Dan saya mula berskype dengan Kak Leyla. Kami boleh bersembang berjam-jam lamanya. Jarak Pulau Okinawa (Jepun) dengan PJ, Selangor terasa bagaikan dekat sekali. Bagaikan adanya 'magis' dan adanya 'connection' kata Maxis! Dan kepulangannya ke Singapura dan seterusnya Malaysia, membawa kami merancang untuk bertemu. Sepatutnya pada tarikh 22 nov, saya akan menyambut kak Leyla di Stesyen kereta api di Kuala Lumpur, apabila dia pulang daripada lawatannya di Thailand (mengikuti lawatan Gapena ke sana), tetapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal, kami bakal bertemu sehari lewat!
Malamnya saya tidak senang hati dibuatnya, maklumlah kali pertama bertemu. Walaupun sudah lama berbual mesra, tetapi tidak akan sama dengan bertemu empat mata bersama. Paginya pada jam 6 pagi, saya mengajak suami menyambut Kak Leyla (23 nov 2011). Stesyen Central KL menyaksi saksi pertemuan kami. Tidak susah mengenali kak Leyla.Rupanya sama sahaja dengan ketika ber'Skype'. Bagi pembaca yang tidak pernah berskype, mahupun membaca Dimensi Cinta (keluaran Karnadya) skype membolehkan kominikator melihat satu sama lain dengan jelas, juga mendengar suara bercakap seperti telefon. Yang anihnya, kami mempunyai tahi lalat pada kedudukan yang sama. Di pipi kanan. Cuma bezanya tahi lalat saya lebih kecil daripada tali lalat di pipi Kak Leyla. Setelah bersalaman dan berpelukan, kami bawa Kak Leyla ke rumah saya. Sempat saya menjamu Kak Leyla dengan nasi lemak (cuma, saya tidak memasak... he he, saya beli daripada gerai berdekatan) Berlaukan paru goreng, ikan bilis sambal, kami berbual lagi.
Hari ini kami merancang melawat Karnadya. Saja-saja melawat ke sana. KarnaDya terletak di Puchong, tidak jauh daripada rumah saya, sekadar 30 minit perjalanan. Cumanya, orang yang tidak boleh ingat jalan seperti saya, tentu akan sesat dan rajin-rajinlah bertanya jalannya. Setelah lima kali berhenti bertanya di Petronas (Lima stesyen Petronas) maka sampailah kami ke KarnaDya. Dan kemudiannya kami menjamu selera di kedai berdekatan, 'Nasi Kerabu Kelantan' yang lazat.
Petangnya kami ke Bangsar dan bertemu Farina. Dan sesuatu yang tidak dirancang, kenalan kak Leyla, yang pemurah, Datuk Yussuf dan isterinya menjemput kami ke Tasik Perdana Lake Club (kerana saya benar-benar tidak tahu ke rumahnya, bimbang tersesat kerana hari sudahpun beransur malam) Dan selepas maghrib, kami tiba di Tasik Perdana Lake Club. Dijamu dengan makan malam ala Chinese yang lazat. Terkejut saya apabila diberitahu, rupanya kak Leyla beserta Datuk-datinnya baru pertama kali dipertemukan! Masya_ALLAH! benarlah, jika kita berniat mulia, pasti akan ertemu orang lain yang berhati mulia juga! Alhamdulillah. Semoga pertemuan ini akan membawa kepada pertemuan lain yang memberi makna kepada kehidupan kami dan semua orang yang berada di sekeliling kami!
Keesokan harinya, Kak Leyla akan melibatkan diri dengan kursus di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan saya sendiri terlibat dengan projek pemberian wang RM 100 kepada murid kelas saya. Petangnya kami merancang akan bertemu Farina, seorang lagi kenalan Kak Leyla yang diperkenalkan melalui saya, bertempat di Bangsar. Dan semuanya berlaku seperti yang dirancang, paginya saya menghantar Kak Leyla ke DBP, kemudian, pulang semula ke sekolah, menguruskan bayaran wang pemberian RM 100 kepada murid-murid saya. Petangnya saya kembali ke DBP, sempat minum petang bersama Kak Leyla dan kebetulan bertemu rakan sekolah saya, Norliza. Kami kebetulan ternampak buku-buku kami yang dijual di DBP, Dimensi Cinta dan Cinta Sikunang-kunang serta buku Kak Leyla, Pulut Sakura dan Serunding kasih. Rasa seronok dan terasa 'ciwi' sekali dengan bergambar bersama buku-buku tersebut. Kenanganlah kata orang! Saya sendiri sudah lama tidak ke DBP (bertahun agaknya) andai tidak kerana menghantar Kak Leyla, tentu sekali saya tidak akan hadir ke sana lagi!
Ketika pulang ke rumah, kebetulan adik ipar saya, dan anak mereka, Emily serta baby bersama mereka melawat ke rumah kami, memberi peluang untuk mengenali kak Leyla. Saya hanya memasak ringkas, sup ayam, goreng cendawan dan macaroni sup.
Esoknya, jumaat, Kak Leyla perlu berada di Seremban untuk mengendalikan Kursus Haiku di sana. Paginya kami merancang untuk bertemu Vimmi. Vimmi dan Kak Leyla sebenarnya sudah lama berkenalan melalui blog dan Facebook, cuma tidak berkesempatan bertemu. Saya dan Vimmi pula baru berkenalan beberapa bulan sebelum ini, dan kebetulan, namanya saya abadikan dalam manuskrip saya yang ke empat ini. Kami merancang utnuk bertemu di Central, kerana kebetulan, Kak Leyla perlu mendapatkan tiket kereta api dari Seremban ke Singapura. Pada petangnya saya dan suami menghantar Kak Leyla ke Seremban.
Pertemuan Vimmi bersama empat orang anaknya, bersama saya dan Kak Leyla berlaku dengan izinNya. Setelah bertahun kepulangan Kak Leyla, Vimmi tidak dapat bertemu, akhirnya, kami semua dapat berkenlaan dengan lebih dekat lagi! Ukhuwah terbina atas nama keikhlasan! Kami sama-sama menghabiskan masa beberapa jam bersama, sehinggalah petang tiba. Kami membawa diri ke destinasi masing-masing, dan saya dan Kak leyla akan ke Seremban di sebelah petangnya!
Mujurlah suami berkelapangan ke Seremban. Jika tidak, sya berfikir akan bermalam di Seremban dan hanya akan pulang pagi esoknya. Tdak berani memandu balik malam-malam hari ke Pj semula. Dalam hati berbalam-balam, entah bila pula kami akan bertemu lagi. Dan kami pulang setelah dijamu makan di Hotel Seri Malaysia, Seremban. Terima kasih Kak Leyla! Semoga kita akan bertemu lagi di masa hadapan! Pertemuan yang indah, akan dikenang di sudut hati! Semoga projek yang kita bincangkan akan bermula secepatnya Kak Leyla! Cerita yang cukup 'stunning'. Dan ceritanya! Biarlah Rahsia!
Pertemuan indah yang menjadi nostalgia! Indah! Bagai mimpi menjadi nyata!
Saturday, December 3, 2011
Motivasi saya
Ayuh berpesta buku, Pesta Jualan Karangkarf 2-4 dis, seksyen 15.Shah Alam.Tanyalah mana-mana penulis pun, kami tentu memerlukan suntikan untuk lebih bermotivasi. salah satunya jualan novel. Dua motivasi yang antara terhebat saya, daripada Buku prima (Terima kasih Ketua Editor: Encik Mohd Ali atas berita ini)dan Kedua, Puan Fauziah Ashari: Kata-kata"Saya tunggu buku Nora..." bagaikan suntikan semangat yg menjulang tinggi. Maklumlah sebagai penulis baru, dalam dunia penulisan ini, sokongan penulis yang sudah 'popular' sebagai penyuntik semangat agar lebih giat menulis!
3 Disember, 2011, buka sahaja kedai, orang ramai dah serbu nak beli produk GBK. Novel2 bestseller seperti C..., PURNAMA MERINDU, ... bagaikan goreng pisang panas! Bawa tiga empat kotak pun, tak sampai satu jam, habis dibeli. Terima kasih kepada pembeli2 yang menyokong produk Buku Prima. Esok hari terakhir, bagi mereka yang belum datang, cepat rebut peluang ini. Diskaun di antara 25% hingga 70%.
sy tunggu novel nora seterusnya...
· · See friendship · Wednesday at 17:083 Disember, 2011, buka sahaja kedai, orang ramai dah serbu nak beli produk GBK. Novel2 bestseller seperti C..., PURNAMA MERINDU, ... bagaikan goreng pisang panas! Bawa tiga empat kotak pun, tak sampai satu jam, habis dibeli. Terima kasih kepada pembeli2 yang menyokong produk Buku Prima. Esok hari terakhir, bagi mereka yang belum datang, cepat rebut peluang ini. Diskaun di antara 25% hingga 70%.

Intens Idea Fauziah Ashari lama lg ker? heh...heh...kdg2 agak boring bc yg terlalu remaja...dah meningkat usia ni cari yg matang sikit...
Wednesday at 17:10 ·
Intens Idea Fauziah Ashari Oh...lg satu sesama penulis...x yah nak berpuan2...lucu la pulak rasanya...
Wednesday at 17:11 ·
Noor Arbaiah Nora Fuad betul2.. dah nak hanis, janji dgn en mohd ali, 2 dis ni nak hantar.. berpeluh2 ni menyiapkan bab akhir.
Wednesday at 17:11 ·
Noor Arbaiah Nora Fuad saya nak panggil main2 belasah pun takut, ada yg suka dipanggil puan.. he he..
Wednesday at 17:11 ·
Noor Arbaiah Nora Fuad Terharu apabila penulis terkenal bertanyakan karya terbaru.. adus! bimbang juga ada, takut kalau karya semakin merosot.. seram!
Wednesday at 17:13 ·
Intens Idea Fauziah Ashari ha..ha...ya ker ada yg teringin nak dipanggil 'puan'. hii...hii...sy rimas sesangat kecuali formal dan sy x kenal mereka...boleh diterima...
Wednesday at 17:14 ·
Intens Idea Fauziah Ashari rasa2nya semua penulis bimbang merosot setiap kali ada buku baru. sy pun cam tu jugak...bimbang kecewakan pembaca...tp yakin diri aje la..tawakal aje la...pandang ke depan...pentingnya nawaitu kita menulis...
Wednesday at 17:16 · ·
1
Noor Arbaiah Nora Fuad ada yg macam tu.. saya pun rimau berpuan, tapi takut juga. anyway, tanda hormatkan.. he he
Wednesday at 17:16 · ·
1
Noor Arbaiah Nora Fuad betul2.. saya setuju. kalau ikutkan pembaca, 1001 pilihan.. macam mana nak ikutkan semua kehendak.
Wednesday at 17:16 ·
Intens Idea Fauziah Ashari ikut semua kehendak pembaca? strategi...tp susah jugak nak ckp sal strategi ni...subjektif ikut pemikiran masing2...
Wednesday at 17:20 · ·
1
Noor Arbaiah Nora Fuad saya setuju. lebih suka ikut kepala saya sendiri je.. he he he... maknanya macam mana saya nak 'belok' dalam cerita, ikut hati sendiri.
Wednesday at 17:27 ·
Intens Idea Fauziah Ashari hmm...susah nak cakap kan...kita buat la apa yg terdaya moga pembaca dpt kebaikan daripdanya...
Wednesday at 17:34 · ·
1
PETIKAN WALL BUKU PRIMA: 3 Disember, 2011, buka sahaja kedai, orang ramai dah serbu nak beli produk GBK. Novel2 bestseller seperti...., PURNAMA MERINDU..., (NORA ISMA FUAD) bagaikan goreng pisang panas! Bawa tiga empat kotak pun, tak sampai satu jam, habis dibeli. Terima kasih kepada pembeli2 yang menyokong produk Buku Prima. Esok hari terakhir, bagi mereka yang belum datang, cepat rebut peluang ini. Diskaun di antara 25% hingga 70%.
Jom serbu Pesta Buku Karangkraf: seksyen 15 2-4 dis 2011.
Tuesday, November 29, 2011
Ranking Purnama Merindu! Julai 2011
Entah bagaimana setelah 'blog walking' saya terjumpa ranking ini di Blog Fakrulroslan, terima kasih..
Sunday, November 20, 2011
Fiesta Buku Karangkraf 2011
Novel2 biasanya diberi diskaun sebanyak 30% (banyak tu) apa lagi, kalau belum dapatkan Purnama Merindu, ayuh beli di sana!
Thursday, November 10, 2011
Komentar pembaca . Puan Fauziah ashari dan lain-lain.
Terima kasih atas usaha sahabat saya, saudara Nizam Abdul Jalil, yg juga seorang guru du Kuantan, walaupun jauh beribu batu dengan bantuan teknologi yang mendekatkan kita, membantu saya dalam usaha mempromosikan lagi Purnama Merindu. Benarlah kata orang, teknologi tiada sempadannya.
Saya menerima respond yang berbagai, terima kasih kepada pembaca. Sebenarnya, saya ingin mendapatkan respond yang pelbagai lagi. Pendapat anda penting dalam menjadikan karya saya lebih baik di masa hadapan. Lebih intelektual, lebik islamik, lebih romantis, lebih 'kaww' lah pada masa hadapan. Jika anda sudi memberikan pandangan, boleh terus klik di bahagian 'link kepada Novel Nora Fuad' dan meninggalkan pendapat anda! Saya amat menghargainya!
Terima kasih saudara Nizam, Saudari Yanie Ady, saudara Rosman, Harry, Wan Nazilah, Puan Fauziah Ashari. Mempunyai pandangan daripada penulis tersohor yang mempunyai ramai peminta menjadikan saya teruja! Yang penting, kata PUAN FAUZIAH ASHARI, "Saya suka keseluruhan cerita. saya suka nama 'Wulan'. Itu tarikan saya nak beli selain sinopsisnya" Terima kasih Puan Fauziah Ashari, penulis, Ombak Rindu, Bisik-bisik Gelora (antaranya) Bukan mudah menjadikan novel penulis baru seperti saya dibaca dan diberi pandangan oleh penulis yang sudah membina nama di alam penulisan ini! Saya tabik! Dan ucapan ribuan terima kasih!
Di bawah ini, saya masukkan keseluruhan mesej yang terdapat di wall Buku Prima.
Novel Purnama Merindu..karya cikgu Nor Arbaiah..sarat dengan ilmu dan garis dasar dalam hidup pabila sesebuah keluarga bahagia ingin dibina.. jangan lepaskan peluang untuk dapatkan novel.ini..kekuatannya anda akan jumpa di mana mana halaman...selamat membaca..
Saudara Nizam Abdul Jalil.Buku Prima Kepada pembaca, anda harus memiliki novel ini. Ia sangat sarat dengan pelbagai ilmu yang tiada pada novel terbitan luar. Dalam Purnama Merindu anda belajar untuk memberi dan menerima. Kepada sesiapa yang sudah membaca novel ini, jom kongsikan pendapat anda tentang novel ini. Terima kasih.
Monday at 08:12 · ·
1
Nizam Abdul Jalil mengikut etimolgi kata bahasa melayu.. bulan terlebih dahulu dieja sebagai wulan...
Monday at 22:40 ·
'Yanie' Ady Ok lah make it short....It is really a good book...mmg hebat..cara penyampaian saya kurang terserlah kot...Huhu
Monday at 22:44 ·
Nizam Abdul Jalil ok dah cara penyampaian tu..sangat menyerlah hehehe..memang puas membaca novel ini..dapat kembara lagi..
Monday at 22:55 ·
'Yanie' Ady Tapi cara awak lagi hebat....hehehe! Mcm awak pun seorang novelist hebat... Tq
Monday at 23:03 ·
Nizam Abdul Jalil belum sampai lagi tahap cikgu nora tu..baru nak belajar ni..kalau sdr Yanie..ada cerita bolehlah kita novelkan..kalau untung kita bahagi dua..kalau tak sendiri tanggung hahaha
Monday at 23:07 ·
Noor Arbaiah Nora Fuad Saya tabik dengan Cikgu Nizam, saya boleh bersastera, tetapi tiada ilmu sastera. Cikgu Nizam sepatutnya boleh menulis dengan lebih baik lagi, atau muncul sebg pengulas sastera hebat!
Monday at 23:28 ·
Nizam Abdul Jalil saya belum berkawad..cikgu Nora dah tabik..iskkkk...dapat jadi pengulas pun ok dah rasanya...tapi mengulas memang mudah ckgu nora..menghasilkannya itu payah...saya pulak kena tanik cikgu Nora..
Monday at 23:32 ·
Intens Idea sy dah bc Purnama Merindu. sy suka keseluruhan cerita walaupun pd mula agak liat mahu membc setelah dua hari dibiarkan atas meja. Akibat bosan, sy bc. dah bc, sy tak bosan. Mkin sbb cerita tu bukan kisah cinta remaja, maka sy boleh hadap seharian tanpa henti. Cuma...pendapat sy...kurangkan setiap watak punya nama yg cukup menarik dan ada dua nama. Nov adalah dunia penulis tp bg pembaca (sy terutamanya) sy melihat 'dunia' nov itu sangat luas. jgn ketara sangat...nama2 yg cantik2 tu 'dipilih dan disusun' penulis biarpun mmg penulisnya yg memilih. Sekadar pendapat. Mungkin sy seorang yg terlalu teliti dan kisah benda remeh ni tp org lain anggap biasa. penulis perlukan pendapat org lain juga mungkin. apa2 pun tahniah pd penulis. teruskan warnai dunia penulisan...FA
Yesterday at 13:33 · ·
1
Noor Arbaiah Nora Fuad Terima kasih atas pendapat Puan. Menerima nasihat drp penulis ternama, membuat saya terkedu, pertama kesudian puan membaca buku drp novelis baru seperti saya. Nasihat puan akan saya gunakan pada penulisan yg akan datang. sukar untuk pisahkan nama biasa dan nama watak yg sedap.. bagaimanapun, saya akan cuba menggunakan nama2 biasa dan tidak disusun dan dipilih dgn terlalu berhati-hati. Terima kasih sekali lagi Puan Novelis. Penulis lebih patut gunakan nama dengan 'selamba' dan tidak terllau teringat dengan nama-nama yg komersial. Terima kasih sekali lagi. Bukan selalu menerima nasihat drp penulis yang pakar seperti puan.
Yesterday at 18:10 · ·
1
Noor Arbaiah Nora Fuad Saya patut sudahi dengan kata-kata "Terima kasih daun keladi Puan Fauziah ... lain kali, sudilah baca novel saya lagi."
Yesterday at 18:13 ·
Wan Nazilah saya pun belumbaca lagi novel ni, baru nak cari... dari apa yang di tulis oleh NAJ tu... saya rasa saya suka novel cam ni... saya pun rasa kurang senang dengan nama2 watak dlm novel yang direka lain dari yang lain.. rasanya lebih elok nama yang biasa2 aje.......mana saya nak dpt novel ni..???
Yesterday at 18:25 ·
Harry Enriq Hp salam. saya dah bc nvl purnama merindu. pd awalnya agak teruja nk bc, pd suku pertama mcm lain dr nvl k.jee, membuatkn saya memaksakan diri utk mmbacanya. mungkin nora perlu menyelit unsur2 lucu @ permasalahan yg berat. t.kash
21 hours ago · ·
1
Intens Idea Wan Nazilah - cuba baca novel dari penulis Hanni Ramsul. Sy lihat watak2nya dari nama2 biasa. Kalau saya, tak kisah sangat asalkan bahasa dan penceritaan boleh diikuti. FA
20 hours ago · ·
1
Noor Arbaiah Nora Fuad Wan Nazilah, MPH da popular ada jual. kalau di KL, di jalan Tar, rangkaian kedai2 di sana, ada diskaun 20%. Harry, saya rasa permasaalahan dalam novel saya sudah cukup berat. boleh pandangan sikit, apa g dimaksudkan dgn permasalahan yg berat yg saudara maksudkan? boleh share sikit? kalau cerita ada berbau unsur2 'seksual', well, saya tak minat. Lebih suka dgn konsep 'umum' yg seiapapun boleh baca.
20 hours ago ·
Intens Idea Nora - InsyaAllah saya akan ikuti setiap tulisan Nora. Pendapat saya, sesama penulis kalau saling memberi nasihat bukankah lebih baik untuk dunia penulisan. Tapi...bukan semua boleh menerima teguran kan...ha...ha...ha...bimbang juga disalah ertikan 'teguran' saya tu...FA
20 hours ago · ·
1
Harry Enriq Hp saya x maksudkn isu sexsual. masalah antara wulan & kameel npk terlalu simple dan sikap cpt mengalah wulan buat saya lemah semangat..
20 hours ago ·
Nizam Abdul Jalil pada saya nama itu mewakli watak dan memang ebgitulah..kalau dletak nama yang berbeda seolah olah dari 'dunia' lain..namun saya boleh menerima nama dalam novel ini kerana temanya dan ada kebaikanya juga pabila nama wulan diketengahkan..dapat diigatkan kembali etimolgi kata melayu...
20 hours ago ·
Noor Arbaiah Nora Fuad Puan Fauziah, tiada salahnya nasihat dan pandangan. macam orang menari, sendiri rasa macam elok sangat dah rentak tu, bila dilihat dr sudut pandangan org lain, cara tarinya boleh ditambah baikkan lagi. da terima kasih. bukan mudah penulis lain apatah lagi penulis yg sudah berpengalaman mahu memberi pandangan kpd penulis yang baru seperti saya. terima kasih sekali lagi.
20 hours ago · ·
1
Nizam Abdul Jalil walaupun simple masasalah mereka .namun itulah yang sebenarnya terjadi dalam masyarakat..dan banyak pula kejadian begini berkumandang dalam masyarakat melayu....mesti ada sebab penulis melukiskan watak si wulan sedemkian rupa.mengalah si wulan..tetapi kahirnya....
20 hours ago · ·
1
Noor Arbaiah Nora Fuad Harry: oooo. hmmm.. tengah terfikir macam mana nak bg complikated lagi. pada saya Harry, masalah rumahtangga tidaklah mudahkan.. apatah lagi melibatkan perasaan. kalau harry rasa wulan memgalah dgn mudah, saya rasa berjayalah harry menyiwai watak wulan... lain kali, saya akan ketengahkan pula watak wanita yg tidak mudah mengalah, keras hati... dgn perwatakan yg berbezakan? bolehkan? andai setiap kali, perwatakan yg sama, tentu tak bestkan Harry?
20 hours ago · ·
2
Intens Idea saya suka nama 'Wulan'. Itu tarikan saya nak beli selain sinopsisnya. Lagi satu, jgn kata saya 'pakar' sebab setiap penulis punya keistimewaan tersendiri. Tiada yg di atas dan tiada yg di bawah. Kalau saya....rasanya saya tak mampu nak hasilkan novel seperti PM yg 'intelektual novel'. junior...senior tu...tempoh lamanya berada di dunia penulisan aje...FA
20 hours ago ·
Noor Arbaiah Nora Fuad Terima kasih atas sokongan Puan Fauziah. Harap2 satu hari nanti, novel saya juga akan mendapat sokongan dr peminat2.
20 hours ago · ·
2
Subscribe to:
Posts (Atom)










