Followers, thanks

Followers

Kandungan PM

Bab 1: Wulan: Aini Melati @ Wulan... Aku adalah Wulan. (penamat di tempat yang sama)
Bab 2:BakriKameel b.Badrulhisyam...Aku adalah Kameel.(Penamat di tempat yang sama)
Bab 3:Zara Orkhid Bt Desa..Aku adalah Zara
(Penamat di tempat yang sama)
Bab 4:Dunia Derita (sambungan di penamat yang sama)
Bab 5;Seindah Pertemuan.
Bab 6:Bulan yang tercalar
Bab 7:Bulan yang terus berdarah.
Bab 8:Bulan yang tersenyum.
Bab 9:Gemilau Cahaya Bulan.
Bab 10: Rembulan Cinta

Thanks for visiting...

Blog Nora Fuad

Blog Nora Fuad
Blog Nora Fuad, sila klik. Tq

About Me

My photo
pernah belajar mass com, edu...older of 4 siblings.Married to Fuad Halimi.Ex teacher to MGS Klang,MGS KL,SMK Tunku Putra,Langkawi. Ex Student SMK Sultanah Bahiyah,SMK Mahsuri Langkawi,UKM dan UM.

Novel pertama Okt 2010

Novel pertama Okt 2010
NOVEL PERTAMA OKT 2010... Link info novel, sila klik gambar.TQ

NOVEL KE 2

NOVEL KE 2
NOVEL KE2, FEB 2011, Info sila klik di gambar. TQ

Sunday, August 21, 2011

Bab 8: petikan 1


BAB 8 : BULAN YANG TERSENYUM
1

"It is not a lack of love, but a lack of friendship that makes unhappy marriages."
 Friedrich Wilhelm Nietzsche
Perkataan demi perkataan itu bagaikan melekat jauh ke sudut minda  Wulan. Benarlah kata penulisnya, bukan kekurangan cinta yang menjadikan sesebuah perkahwinan tidak bahagia, cuma, mungkin kekurangan nilai persahabatan. Mungkin selama perkahwinanku ini, Wulan berfikir bahawa dia hanya menjadi isteri kepada suami, bukan teman baik. Bukan teman baik. Bukan sahabat karib. Mungkin, Kameel terpaksa mencari sebahagian daripada dirinya yang tiada dalam perkahwinan mereka. Kameel mungkin memerlukan seorang yang mempunyai ciri seperti penasihat perniagaan seperti yang terdapat kepada Jamilah. Atau, Kameel mempunyai seorang yang dia cinta! Hati Wulan menjadi luluh!
Jamilah Mira Estee! Kedengarannya nama itu seperti sempurna untuk sebahagian daripada diri Kameel yang hilang!  Dia adalah wanita berkerjaya! Ahli perniagaan yang berjaya! Dan Jamilah dan Kameel telah berjaya menjadi rakan kongsi yang bukan sahaja berjaya meletakkan diri mereka berjaya di Malaysia, bahkan perniagaan mereka sudah menjangkaui ke peringkat antarabangsa! Akan tenggelamkan ‘fungsiku’ ini sebagai isteri apabila Jamilah menjadi isteri Kameel kelak. ‘Aku hanya isteri Kameel. Dia akan menjadi isteri Kameel, rakan kongsi, sahabat dan segalanya untuk dia. Aku bukan pesaingnya.’ Wulan terkedu sendiri. Dia semakin takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Dia bimbang akan pesaingnya yang akan menewaskan dia begitu saja. Tanpa perlu bersaing! Dia seolah ‘kalah mati’ jika perlu berjalan seiringan bersama Jamilah! Dia bukan lawannya!Aku hanya sekadar seorang ibu yang mempunyai Ris dan Nina sebagai taruhannya! Hanya mereka!
Wulan bergerak menghampiri radio yang terletak di hujung katilnya. Segera dia menekan satu butang nombor tanpa mempedulikan stesyen mana yang akan bersiaran. Suara juruhebah yang menyatakan sesuatu, tidak didengarinya, hanya perkataan ‘Cinta’ dan ‘Broery Marantika’ yang sempat dia hayati. ‘Barangkali, lagu ‘Cinta’ dendangan Broery Marantika akan berlagu sayu’, bisik hatinya. Dan  ternyata, teka-teki Wulan tidak tersasar sama sekali. Lagu itu mendayu sayu, dia sekadar mendengar bait demi bait lagu cinta sayu itu.
ke gurun engkau ikut
ke kutub engkau turut
bersama sehidup semati

demikian kau ucapkan
janji
menangis kita berdua
tertawa bersama...

tapi kini apa terjadi
segalanya kau tak
perduli lagi
yang lebih menghancurkan
kalbu
kau bercumbu di depanku

oh, Tuhan tunjukkanlah
dosa dan salahmu
mudahnya dia buat janji
semudah ia ingkar janji
alangkah kejamnya cinta
alangkah pedihnya...

ooh, kejam...
ooh, pedih
cinta oh cinta...

Dan airmatanya gugur juga. Cinta agak kejam sifatnya. Cinta telah menjadikan airmatanya gugur juga kebelakangan ini. Desiran lagu di telefonnya memindahkan perhatian dia kepada telefonnya. Sms yang dibacanya mengingatkan dia kepada janji Hani sejak malam semalam.
Kak, jangan lupa, kita akan ke pejabat abang pagi ni. Peguam mahu jumpa semua ahli keluarga kita.

Mesej daripada Hani dibaca kali kedua. Semalam juga dia diingatkan oleh Kameel tentang berita ini. Masih dingat setiap bait perkataan daripada Kameel.
“Jangan lupa ya Wulan. Hani akan ambil Wulan ke pejabat I pagi esok. Peguam ayah mahu bertemu kita semua.”
“Kenapa agaknya bang?” Pelik juga dengan permintaan peguam arwah ayah ini.
“Kata peguam, ada wasiat baru yang arwah ayah tinggalkan untuk kita. Sepatutnya dibacakan pada hari ke 100 peninggalan ibu atau bapa, yang terakhir meninggal dunia. I pun tak tahu tentang hal ini. Wasiat ayah barangkali.”
“Ris dan Nina bagaimana?”
“Termasuk mereka juga. Ris dan Nina pun kena datang juga.”
Wulan mengesat airmatanya. Cepat-cepat dia ke bilik anak-anaknya bagi mengingatkan mereka agar bersiap bagi menunggu kedatangan Hani ke sana. Dia sendiri bersiap seadanya. Sepasang jubah hitam yang digelar Abaya yang bersulam perak, dijahit dengan corak geometri di lengan dan di tengah baju. Baju ini dihadiahkan mak lama dahulu, tahun terakhir sebelum mak mengidap penyakit Alzheimer. Ketika itu, kedua arwah menunaikan umrah buat kali terakhir. Wulan sudah lama tidak mengenakan baju itu, perasaannya sedih mengingatkan mak yang memberikan dia hadiah itu. Anak tudung hitam yang bermanik kecil di hadapannya dikenakan, dan dililit dengan selendang panjang bagi menutupi dadanya. Dia mengintai lagi wajahnya di cermin, mungkin sudah tiba masanya dia berkerudung begini. Dia bukan sahaja lebih kelihatan berseri malah berkerudung, menutup aurat bukankah satu tuntutan agama yang wajib?
Ketukan di pintu menjadikan Wulan bangun bagi membuka pintu kamarnya.
“Mama, pakai tudung. Sweet,” kata Ris pendek tapi bermakna.
“Mama pakai tudung hari ni?” Nina pula menyoal Wulan.
“Saja. Mama nak buat cuba pakai tudung.”
“Cantik mama pakai tudung. Mama kawan-kawan Nina pun ramai yang pakai tudung mama.” Senyuman kedua anak-anaknya menjadikan Wulan tersenyum sendiri. Kanak-kanak lebih tulus hati mereka. Mereka hanya melahirkan segala yang tersurat dengan ikhlas tanpa berselindung dengan makna tersirat di dalamnya. Mereka menyatakan pendapat tanpa mengharapkan apa-apa ganjaranpun. Wulan kemudiannya mencabut anak tudung yang dikenakan. Mungkin dia tidak bersedia sepenuhnya untuk berpakaian  menutup aurat begitu lagi. Dia hanya meletakkan selendang panjang di atas kepalanya dan melebarkan separuhnya ke bahagian bahu kiri dan kanannya.
Dengan kedatangan Hani, mereka beredar, dengan sedikit pesanan Wulan untuk Marni. “Marni, jaga ke mana ya. Nanti kitaorang balik, kita  keluar sama-sama.”
Hani tergelak sambil menyahut, “Mana Marni nak pergi kak, kalau tak bersama kita.” Dan Wulan pun tersenyum sama mengingati realiti situasi ini. Mereka sangat bernasib baik kerana Marni tidak pandai ‘merambu’ seperti sesetengah pembantu rumah yang lain. Sumarni ini kalau dibiarkan di hujung simpang sana pun, barangkali dia tidak tahu cara untuk pulang ke rumah kembali.
Di bilik mesyuarat  di pejabat Kameel, kelihatan semua ahli keluarga Badulhisyam berada bersama di pejabat Kameel, sedang menunggu peguam arwah ayah yang akan datang dalam sedikit masa lagi. Daripada ruang tepi kiri meja mesyuarat, duduknya Kameel, dikuti dengan Kak Kamaliah, Kak Kalsum, diikuti dengan Hani Kamila, Wulan, Ris, Nina dan Pak Mat. Dan sebentar cuma, kelihatan Lia, setiausaha Kameel mempersilakan peguam pertengahan umur itu duduk di tengah ruang meja mesyuarat, lagaknya bagai mempengerusikan mesyuarat penting.
“Terima kasih kerana semua sedia datang pada hari ini. Saya Peguam kepada Haji Badrulhisyam ingin membaca wasiat yang diamanahkan kepada pihak kami. Sebenarnya, Tuan Haji telah menulis dua wasiat secara berasingan. Pertama ketika, jika salah seorang daripada mereka yang meninggal dunia. Saya sudah bacakan wasiat ini dulu ketika  100 hari kehilangan Haji Badrul. Wasiat yang kedua ini, Tuan Haji tuliskan berkuat kuasa pada hari ke 100 hari kedua-dua mereka, meninggal dunia iaitu pada hari ke 100, Hajah Amnah meninggal.” Suasana seakan dingin sedingin salju. Hanya kedengaran bunyian hembusan penghawa dingin di ruang bilik yang luas itu. Semua yang mendengar hanya terdiam, ada yang tersenyum dan ada yang seolah menunjukkan wajah ragu-ragu. Sesekali bauan wangian yang disembur secara automatik menyentap saluran bauan di hidung mereka.
“Pertamanya, saya akan mulakan dengan rumah pusaka Tuan Haji Badrul. Rumah ini merujuk kepada rumah yang sedang diduduki oleh Tuan Haji Kameel sekarang ini. Tuan Haji telah mewasiatkan rumah tersebut kepada Puan Aini Melati. Rumah tersebut tidak boleh dijual dan hanya boleh bertukar milik kepada dua adik beradik, Airis Batrisyia dan Nisrina Bazilah.” Wulan separuh terkejut. Dia tidak memahami kenapa rumah itu diserahkan kepadanya dan bukannya kepada empat adik-beradik suaminya.
Sebaliknya, Kameel tersenyum bangga. Dia memahami sangat mengapa arwah bapanya mewasiatkan rumah itu kepada Wulan. Wulan adalah penghuni paling setia yang menemani mak selama ini. Wulan dan Hani yang menjaga mak dengan baik! Sepatutnya Wulan mendapat imbalan yang baik! Sudah sampai ketikanya!  Dua tahun sebelum arwah ayah meninggal, mak sudah pun menunjukkan tanda-tanda Alzheimernya biarpun tidak begitu parah. Arwah ayah barangkali dapat meneka apa yang akan berlaku selanjutnya, selepas barangkali kalau dia yang ‘pergi’ dahulu. Kameel menjeling wajah kedua kakak-kakaknya, nampak benar kerutan di wajah mereka menandakan mereka tidak berpuas hati terhadap pemberian arwah ayah mereka.

No comments:

Post a Comment