Followers, thanks

Followers

Kandungan PM

Bab 1: Wulan: Aini Melati @ Wulan... Aku adalah Wulan. (penamat di tempat yang sama)
Bab 2:BakriKameel b.Badrulhisyam...Aku adalah Kameel.(Penamat di tempat yang sama)
Bab 3:Zara Orkhid Bt Desa..Aku adalah Zara
(Penamat di tempat yang sama)
Bab 4:Dunia Derita (sambungan di penamat yang sama)
Bab 5;Seindah Pertemuan.
Bab 6:Bulan yang tercalar
Bab 7:Bulan yang terus berdarah.
Bab 8:Bulan yang tersenyum.
Bab 9:Gemilau Cahaya Bulan.
Bab 10: Rembulan Cinta

Thanks for visiting...

Blog Nora Fuad

Blog Nora Fuad
Blog Nora Fuad, sila klik. Tq

About Me

My photo
pernah belajar mass com, edu...older of 4 siblings.Married to Fuad Halimi.Ex teacher to MGS Klang,MGS KL,SMK Tunku Putra,Langkawi. Ex Student SMK Sultanah Bahiyah,SMK Mahsuri Langkawi,UKM dan UM.

Novel pertama Okt 2010

Novel pertama Okt 2010
NOVEL PERTAMA OKT 2010... Link info novel, sila klik gambar.TQ

NOVEL KE 2

NOVEL KE 2
NOVEL KE2, FEB 2011, Info sila klik di gambar. TQ

Sunday, August 14, 2011

Bab 7: petikan 1


BAB 7 : BULAN YANG TERUS BERDARAH
1
            Wulan masih terbayang akan detik itu. Wulan bagaikan ternampak mak yang terbaring seolah kaku. Wajah seorang ibu yang tiada emosi dan memori seolah tiada berdaya dan bersemangat lagi untuk meneruskan kehidupannya. Wulan melihat mak yang dikelilingi dengan ahli keluarga mereka. Wajah sendu mereka seolah membayangi yang ibu ini tidak akan lama lagi bersama mereka.
            Wulan resah, dan masih seolah terdengar apabila ibunya memintanya agar membisikkan khalimah syahadah ke telinga ibu mertuanya. Wulan membisikkan tanpa jemu khalimah itu dan ucapan “Laillahahillah’ tanpa jemu, dan sesekali melihat bibir pucat ibu itu mengucapkannya perlahan mengikuti kalimah itu perlahan. Dan tiba saat akhirnya,dia melihat nafas terakhir ibu kesayangannya dilepaskan perlahan. Matanya yang bertutup rapat, dan semua kenangan indah bersama ibu seolah diakhiri di saat itu. Hatinya luluh! Lara! Hanya airmatanya bisa bercerita!
            Wulan membayangkan Zara tentunya turut bersedih. Sekurangnya, adik perempuannya sempat melihat Mak Amnah selama seminggu berturut-turut melalui Skype. Walaupun mak tidak bisa bercerita lagi, Zara terasa lega masih dapat melihat wajah ibu kesayangan dia. Dan Wulan masih ingat lagi, dia terus menelefon Zara sebaik sahaja, mak menghembuskan nafas terakhirnya. Dia mahu Zara walaupun dipisahkan dengan tiga lautan, turut sama mengetahui bahawa ‘ibu’ mereka sudah tiada.
            Airmata Wulan mengalir lagi. Dia ke bilik mak yang kelihatan kosong, menambahkan kesayuan di hati Wulan. Resah dan gelisah di hatinya tidak dapat disembunyikan lagi. Katil mak itu sengaja dibiarkan kosong. Sementara katil di sebelahnya digunakan oleh Sumarni. Mak baru tiga minggu pergi, hati Wulan dilanda kekosongan yang amat. Lebih tujuh ratus lapan puluh minggu mereka bersama, tiga minggu yang baru berlalu, terlalu dekat di hati. Lima belas tahun yang lalu, sesaat mula Wulan menjejakkan kakinya ke sini lagi, mak sentiasa bersamanya. Daripada saat yang itu! Sesaat yang satu itu! Ternyata walaupun mampu hidup sendiri sejak mendirikan rumahtangga, mak seolah tidak mahu membiarkan Wulan hidup sendiri, lantas dia tidak dibenarkan tinggal berasingan. Mak bahkan boleh mencium bau perpisahan mereka jika tidak dibendung! Sebab utama untuk mereka merasa bahagia adalah mak! Mak lah pemangkinnya!
“Kak. Kak makan sikit ya. Kak tak makan sejak pagi tadi.” Pujukan Sumarni bagaikan menghiburkan hati yang lara. Sejak mak kehilangan selera hampir beberapan purnama yang lepas, dan kehilangan berat badannya, sehinggalah saat mak pergi, badan Wulan turut sama susut. Tubuh kurus tinggi itu, bagaikan dibawa berat dek angin lalu.
“Tak apa lah Marni. Sekejap lagi kak makan. Buatkan kak secawan kopi ya.” Wulan meminta Marni membancuhkan secawan kopi kepadanya, perkara yang dia tidak pernah minta Marni lakukan sebelum ini. Tubuhnya terasa penat. Sebenarnya dia memahami, bukan fizikalnya yang penat tapi, kesunyian yang singgah di hatinya menjadikan fikirannya sarat dengan kenangan, memori tentang mak. Sukar melupuskan ingatan tentang kenangan yang indah tentang mak. Susah menjadikan ayat ini realiti, ‘Mak sudah kembali kepadaNya.’
Deringan telefon rumah membawa dia kembali ke alam realiti. Ternyata panggilan daripada Kameel.
“Ya bang.”
“Wulan dah makan?”
‘’Makan’ Wulan bertanya lagi dalam hatinya. Perkataan seperti itu bukanlah pertama kali didengari, pun bukan juga perkataan yang acap kali keluar daripada mulut Kameel. Mr Perfectonya bertanyakan soal makan? Barangkali kali terakhir mendengarnya adalah sembilan tahun lalu, kali terakhir dia mengandungkan Nina. Ketika itu Kameel berubah menjadi seorang suami yang begitu prihatin sekali. ‘Barangkali dia perlu mengandung lagi untuk membeli jiwa raga Kameel.’ Hati Wulan berbicara secara senyap, sendiri.
“Sekejap lagi bang. Terima kasih kerana bertanya. Abang dah makan?”
“Sudah. I sudah bersarapan dengan rakan kongsi tadi.” Kameel menjawab dengan pantas. Dia harap Wulan tidak akan bertanya lanjut siapakah rakan kongsi yang dimaksudkan. Tentunya dia bersama dengan ‘Yang Mila’.
“Nanti Wulan telefon Hani ya.” Suara Kameel bagaikan menggigit sayu di cuping telinga Wulan. ‘Kenapa pula dengan Hani?’ Kameel tidak pernah meminta dia menghubungi Hani sebelum ini.
“Kenapa dengan dia, bang? Sakit?” Wulan tertanya lagi. Seandainya Hani tidak sihat pun, tentulah dia orang pertama yang akan dihubungi.
“Tak. Risau kan dia je. Dia kan anak bongsu. Dia rapat dengan mak seperti mana Wulan rapat dengan mak. Tinggal pulak sorang-sorang. Dah telefon dia, tak dapat dihubungi. Seeloknya Wulan pergilah jumpa dia.” Penjelasan Kameel ternyata masuk akal sepenuhnya.
“Ya lah bang. Tunggu Ris dan Nina balik sekolah nanti.” Talian telefon yang ditamatkan melegakan hati Wulan. Bimbang juga Wulan terhadap Hani. Dia cuba mendail nombor telefon  Hani, panggilannya terus kepada peti suara Hani. Wulan mulai terasa bimbang. Tidak pernah sekali pun sebelum ini, Hani tidak akan mengaktifkan telefon bimbitnya. Hanya apabila dia ‘terbang’ sahaja, telefonnya akan dimatikan. Tetapi kata Hani, dalam tempoh sebulan ini, dia akan bercuti panjang, sekadar melepaskan kesayuan di hatinya. Bermakna Hani bercuti di rumahnya dan tidak juga mengaktifkan telefonnya. Agak ganjil. Pelik.
Telefon yang baru diletakkan ke atas meja bergetar semula. Di skrin telefon tertera nama Fazreen. Cepat-cepat Wulan menjawab telefonnya.
“Kak Wulan. Fazreen sini kak.”
“Ya Fazreen, kak tahu.” Wulan tergelak sendiri di dalam hati. Inikan telefon bimbit, tentulah kita akan mengetahui sipemanggil.
“Minta maaflah kalau mengganggu kak.”
“Tak adalah Fazreen. Kenapa?” Suara cemas di hujung gagang kedengarannya agak cemas sekali. Wulan memahami nada suara dengan tona yang perlahan, dan hampir berbisik itu.
“Hani ada di rumah Kak Wulan?”
“Hani? Dia tak ada di sini. Sudah seminggu dia balik ke rumah. Katanya mahu selesaikan macam-macam perkara.”
“Iya.” Suara Fazreen semakin cemas.
“Kenapa Fazreen?”
“Sudah dua hari telefon Hani tidak berjawab. Malam semalam saya  terpaksa pergi ke apartmen dia kak, jaga tu bawa saya ke interkom, pun dia tak jawab juga. Saya ingatkan dia bersama kak di rumah. Risau saya dibuatnya. Kalau dia keluar daripada rumah pun, pasti malam sudah di rumah kan?” Wulan separuh berdebar mendengar cerita Fazreen.
Hani Karmila yang dia kenali, kebiasaannya tak pandai ‘merayau’. Kalau keluar malam pun, dia hanya akan datang ke sini, melihat dan meluangkan masa bersama ibunya. Lagipun, apartmen mewah Hani adalah apartmen yang dijaga dengan rapi. Jika mahu masuk ke kawasan rumahnya pun kereta perlukan pelekat di cermin. Sekali lagi apabila mahu masuk ke lif, perlukan kad khas untuk membolehkan lif untuk terbuka dan bergerak ke apartmen tertentu. Setiap lif pula hanya dikongsi bersama penghuni rumah yang sama nombornya iaitu nombor tiga, dan dikongsi bersama  tigabelas tingkat jiran-jirannya. Dan sekali di rumah, dengan kad itu, barulah pintu rumah boleh dibuka, dan tentunya menggunakan kunci tambahan. Jadi soal penceroboh memasuki rumah, bukanlah menjadi satu isu yang perlu dirisaukan.
“Okay, jangan risau. Dia mesti di rumah tu. Tidur agaknya. Kak akan pergi tengok di rumah dia. Kak ada kunci rumahnya. Nanti kak beritahu Fazreen ya.” Wulan menyatakan kata-kata dengan nada yang menyakinkan, dia tidak mahu Fazreen begitu risau memikirkan Hani.
“Kalau dia tidur, saya tak risau kak. Yang saya risau kalau dia pengsan ke? Tak sedar diri ke? Tak ada siapa tahu!”
“Ya la Fazreen. Kak Wulan faham. Jangan risau ya. Tak ada apa-apa dengan Hani tu. Kak akan segera ke sana.”
Wulan menukarkan baju yang lebih sesuai untuk keluar ke rumah Hani. Wulan segera menukarkan baju ‘rumahnya’ kepada sehelai seluar panjang, dan berbaju kelabu. Kelabu yang menggambarkan hatinya yang turut ‘sebu’ dan kelabu, sejak mak pergi dijemput Ilahi. Segera dia meminta izin Kameel yang dia akan ke rumah Hani.
“Okay. I bagitahu Pak Mat minta ambil Ris dan Nina kemudian hantar ke rumah Hani.” Gagang telefon rumah diletak. Penamat. Wulan segera ke bilik anak-anaknya, mengambil dua pasang baju untuk mereka bagi menggantikan baju seragam sekolah mereka nanti. Bergerak ke bawah, di dapur, segera dia menyapa Marni.
“Marni, tukar baju. Kita pergi rumah Kak Hani. Lauk-lauk yang sudah Marni keluarkan, sayur tu simpan sahaja dalam peti sejuk. Kita beli saja makanan dalam perjalanan ke sana.” Marni mengangguk dan tersenyum.
Kereta Alphard yang dipandu  Wulan bergerak perlahan menuju ke Pandan Indah, ke rumah Hani. Mereka menghentikan kereta dan membeli beberapa pek Nasi Beriani sebagai makanan tengah hari.Lagu Maher Zain, ‘Always be there’ bagaikan menyegarkan sukma, berlagu indah.

Alllahu Akbar…
If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

Wulan hanya memandang Marni yang khusyuk mendengar lagu Maher Zain.
“Marni, faham tak?”
Marni hanya tergelak. Dia langsung tak memahami barang sepatah pun senikata lagu tadi. Sekiranya ada pun, hanyalah ‘Allahuakbar’ di permulaan lagu tadi.
“Fahamnya, hanya ‘Allahhuakbar’ kak.” Dan dia tergelak sendiri.
“Lagu ni maksudnya lebih kurang, Allahlah tempat kita bergantung, dalam susah dan senang. Allah akan membantu kita jika kita meminta pertolonganNya.”
“Ooo. Suaranya sedap sekali kak. Orangnya ganteng tak kak?”
Wulan ketawa kecil mendengar perkataan ‘ganteng’. “Ganteng. Handsome. Nanti kita ke rumah Hani, minta dia tunjukkan gambar Maher Zain ni ya.”
Wulan masih tergelak-gelak. Perkataan ‘ganteng’ menjadikan dirinya terasa lucu ‘amat’.
“Kak…” Suara Marni seakan sayu. Tertanya Wulan di dalam hatinya.
“Kenapa Marni?”
“Saya tak akan dihantar balik kan kak?” Suara yang berbunyi bimbang bercampur ragu.
“Mengapa pulak Marni kena balik?”
“Saya kerja untuk jaga wan. Wan dah tak ada kak. Jadi kakak akan hantar saya balik?”
“Kamu mahu balik ke Marni?” Wulan bertanya balik. Mungkin sebenarnya Marni mahu pulang ke kampungnya.
“Tak mau kak. Saya suka tinggal di sini. Semua orang baik dengan saya. Semua sayang dengan saya. ”
Wulan tersenyum memandang Marni. “Kalau begitu, tak payah Marni risau okay. Kamu boleh tinggal di sini seberapa lama kamu mahu.” Wulan memahami Marni sebenarnya risau jika dia akan dihantar balik semula ke Kabupaten Lahat di Sumatera Selatan, kampung asal Marni. ‘Asalkan kamu jaga kelakuan dan peribadi, aku tak ada masaalah dengan kamu.’ Wulan berdetik dalam hatinya sendiri.
Setibanya di apartmen Hani, situasi kelihatan lengang sangat. Dinding apatment yang berwarna kuning cair seakan indah, berlatarkan langit biru yang indah. Pokok puding yang berwarna merah dan berbelang kekuningan seakan menyambut kehadiran kereta Wulan. Angin yang berdesir pun seakan tidak berlagu. Sunyi. Sepi. Sendiri. Mereka terus menaiki lif dengan menggunakan kad khas yang dimiliki Wulan. Di pintu, loceng yang ditekan berulang tidak membawa kepada kehadiran Hani. Dan daun pintu dibuka dengan kunci yang dibawa bersama.
Pintu yang terbuka. Suasana sepi. Sunyi. Terasa bagaikan kesunyian yang hadir dalam rongga hati mereka sendiri. Dia dan Marni saling berpandangan. Bebola mata mereka sama-sama menyaksikan hiasan moden, yang acap kali disebut sebagai ‘metro’ dewasa ini. Sebuah kusyen kulit lembut berbentuk ‘L’ buatan Itali, berwarna kelabu lembut melengkapkan ruang tamu yang luas di rumah Hani. Dihadapan kusyen itu, rak televisyen berserta set audionya tersergam, indah. Meja moden yang bercirikan cermin dan besi bersadur perak.  Meja makan berbentuk bulat, dengan empat buah kerusi juga kelihatan bersih, tiada sebarang makanan yang diletakkan di atas meja, yang juga bermakna, berkemungkinan Hani tiada di rumah. Bau lilin wangian, ‘lavender’ yang dinyalakan menyegarkan jiwa yang keletihan. Fungsi lavender ternyata untuk menyembuhkan dan menyegarkan saraf yang ketegangan. Wulan menjangkakan, pastinya Hani berada di rumah dengan lilin lavender yang dipasang dengan penutup tempat lilin yang tertutup, sekurangnya lilin tidak akan terbalik disebabkan angin dan sebagainya.
Salam diberi beberapa kali. Masih tiada jawapan. Wulan seakan panik juga. Mungkin Hani tertidur atau barangkali, tidak sedarkan dirinya. Dia terus meluru ke bilik Hani. Dipulasnya tombol pintu, hatinya terasa lega takkala matanya terpandang Hani yang masih berbaring dengan bertelekung di atas katilnya. Nyenyak tidur dengan hembusan aircon yang terus ke wajahnya.
‘Hani. Betullah kau menakutkan kak je’, hatinya bermonolog perlahan. Wulan merasa lega apabila melihat tubuh Hani yang beradu seolah diulit mimpi indah. Dia segera mengajak Warni keluar ke ruang tamu. Segera dia mendail Hazreen. Dia menyedari pemuda, ‘mata air’ Hani akan terus dilanda kebimbangan tanpa mengetahui situasi Hani di sini.
Panggilan bersambut. “Hai Fazreen. Hani okay. Dia tidur di biliknya. Sekejap lagi kak suruh dia telefon Fazreen.”
“Ya ke kak? Macamana tidur sampai tak sedar-sedar? Terima kasih banyak-banyak kak. Tak payahlah lagi saya nak risaukan dia. Sejam lagi saya akan terbang ke Kuching lagi. Nanti malamlah saya akan telefon dia. Kak minta dia on kan telefon dia ya.”
“Okay.” Talian diputuskan dengan perasaan lega. Sekurangnya Wulan merasakan  dia tiada perasaan keberhutangan dengan Fazreen. Wulan menekan suiz televisyen, sekadar mahukan sedikit bunyi-bunyian dalam rumah yang sunyi bangi ini.
“Kak, nak saya bangunkan Kak Hani?”
“Tak payahlah Marni. Biarlah dia tidur. Sekarang ni dah tengah hari, kita makan dulu.” Mereka sama-sama ke dapur, mengeluarkan mangkuk dan pinggan dan segera mengisi lauk-pauk dan nasi ke dalam pinggan.
Wulan terasa bagaikan satu suara yang menyebut namanya. Dia segera berpaling. Wajah Hani masih basah, agaknya dia baru sahaja  selesai membasahkan mukanya setelah terbangun daripada lenanya yang panjang.
“Dah lama Kak Wulan sampai?”
“Baru 15 minit. Kami semua risaukan Hani tau.” Segera Wulan memeluk Hani. Hani segera membalas pelukan Wulan.
“Risau? Kenapa pulak?” Muka Hani berkerut perlahan. ‘Entah apa pulak yang mereka risaukan.’ Di sini, aspek keselamatan sangat terjamin. Jadi, apalah sangat yang perlu dirisaukan?
“Fazreen awaklah telefon. Katanya sudah dua hari telefon Hani tak dihidupkan. Abang Kameel pun ada telefon pagi tadi. Semua orang risau tau.”
“Ooo.. Telefon rosak kak. Kena tukar bateri baru agaknya.” Penjelasan Hani membongkar ‘misteri’ telefonnya yang tidak berdering!
“Itulah kak suruh letak telefon rumah, Hani tak nak. Susah kalau telefon bimbit rosak.”
“Tu la. Betul kata kak. Esok, lusa, tulat… Hani akan usahakan. Petang ni temankan Hani tukar bateri ya.” Hani segera melabuhkan punggungnya ke kerusi makan.
“Orang lain tak apa sangat, tapi kalau si Fazreen yang risau, susah.”
“Dia. Biarlah dia risau.” Hani menjawab sambil ketawa, hanya helah menunjukkan reaksi  ‘suka’.
“Makan ni Hani. Kak Wulan beli tadi.”
“Nasi beriyani, sedapnya.” Hani tanpa banyak soal, duduk dan menikmati nasi beriyani di hadapannya.
“Belum makan pun, dah tahu sedap?”
Hani hanya tergelak mendengar komen Wulan.
“Cium bau pun dah tahu kak.” Hani tergelak sendiri. Bau nasi beriyani itu membuka seleranya. Apatah lagi sejak dua hari lamanya, dia tidak menjamah makanan  mengenyangkan atau solid food.
“Ris dan Nina bagaimana pulak nanti?” Tiba-tiba Hani teringatkan akan kedua anak-anak buahnya yang periang.
“Kak minta tolong Pak Mat hantar. Nanti kalau sampai di bawah, Pak Mat akan telefon Kak Wulan nanti.”
“Kak ada contact Zara?”
“Ada. Minggu lepas ada skype sekejap. Tak lama. Dia pun sibuk juga. Menghabiskan kajian dia.” Wulan mendongak memandang Hani. Tiba-tiba perasaannya disinggahi perasaan sayu. Nampaknya Hani sudah tidak punyai  ibu dan bapa lagi.
“Sudah seminggu message Hani tak berbalas kak. Mungkin sudah seminggu juga dia tak masuk ke fb tu.”
“Bukan seminggu je Hani, sudah  hampir empat minggu. Kali terakhir di sebelah malam sebelum arwah mak pergi. Tak pa, nanti malam kak sms dia. Kita bercakap dengan dia bila dia free  nanti.”
“Hmm.. bagaimana agaknya Zara menerima berita ni kak. Kita di sini sekurangnya ada satu dengan yang lain.” Sayu bunyinya suara Hani.
“Zara. Entahlah. Harap dia okay..” Wulan bersuara, perlahan. Dia tahu Zara akan tabah menerima berita ini dengan penuh kesabaran.
“Hmm, dia tentu okay kak.. Kak ada beritahu Zara, kan?”
“Kak ada telefon dia hari mak meninggal tu. Lepas tu tak ada lagi telefon dia. Entahlah, rasa tak ada mood untuk menelefon Zara. Bimbang akan menambah kesedihannya. Kita di sini pun macam kelam kabut. Fikiran buntu. Nantilah kita hubungi dia, tanya khabar dia!”
“Saya pun rindukan wan. Sudah lama saya menjaga wan. Tiap-tiap hari dengan wan.” Marni bersuara perlahan. Hani dan Wulan menyambut dengan senyuman kelat. Hati mereka terasa sebak.
“Ya lah Marni. Kami ni lagilah rindukan wan.” Airmata Wulan tiba-tiba tumpah lagi.
“Kak, janganlah mulakan lagi. Nanti Hani pun menangis sama.”
“Menangislah dik.. airmata menunjukkan yang kita ini manusia biasa.” Petang itu menyaksikan tiga pasang mata yang basah dengan airmata. Luluh. Sedih. Airmata telah membuktikan mereka bertiga sekadar insan biasa. Insan yang mempunyai perasaan!Punyai emosi!
“Hani sebelum terlambat, telefonlah Fazreen dulu. Guna telefon kak ni.”
Hani hanya tersenyum sebelum menjawab, “Okay. Terima kasih kak. Tentu dia risau.”
“Tahu tak pa.” Balas Wulan tersenyum. Hani bergerak menuju ke balkoninya untuk berkomunikasi dengan Fazreen. Seminit dua dia sudah kembali bersama Wulan dan Marni.
“Hai sekejap je.” Wulan bersuara, pelik.
“Dia tengah kerja kak,” Hani membalas, tersenyum.
“Kak tahu tak, keluarga Fazreen dan kawan-kawan dia panggil dia dengan nama Paen.”
“Paen.” Mereka tergelak. Bunyinya mesra tetapi sedikit kelakar.
“Macam nama budak baik. Lurus bendul,” sambung Wulan sambil tergelak. Hani pun memulangkan senyuman.
Telefon yang berdesir menghentikan perbualan mereka. “Ris dan Nina dah sampai. Jom pergi ambil mereka.” Hani sedia maklum, tanpa kad khas, tetamu mereka tidak akan dapat menaiki lif ke rumah.
Wulan dan Hani berpelukan sambil ketawa. “Marni tunggu ya. Nak ambilkan Ris dan Nina.” Marni mengangguk. Petang menyaksikan kasih sayang yang terurai antara mereka,  yang tidak akan dapat dijual beli oleh sesiapa pun juga. Dan Marni mempelajari sesuatu yang paling berharga, pengajaran moral yang paling berharga bahawa kasih sayang mengajar dia menjadi manusia. Sekadar manusia biasa. Sesiapa sahaja boleh menyayangi individu lain tanpa syarat. Kasih sayang sentiasa boleh dipamerkan tanpa sempadan, ikatan mahupun alasan! Taruhan kasih hanyalah keikhlasan! Tanpa melihat sesiapa! Tanpa mengenal insan yang mana! Kasih sayang tiada pernah ada sempadan negeri atau negara!

No comments:

Post a Comment