Followers, thanks

Followers

Kandungan PM

Bab 1: Wulan: Aini Melati @ Wulan... Aku adalah Wulan. (penamat di tempat yang sama)
Bab 2:BakriKameel b.Badrulhisyam...Aku adalah Kameel.(Penamat di tempat yang sama)
Bab 3:Zara Orkhid Bt Desa..Aku adalah Zara
(Penamat di tempat yang sama)
Bab 4:Dunia Derita (sambungan di penamat yang sama)
Bab 5;Seindah Pertemuan.
Bab 6:Bulan yang tercalar
Bab 7:Bulan yang terus berdarah.
Bab 8:Bulan yang tersenyum.
Bab 9:Gemilau Cahaya Bulan.
Bab 10: Rembulan Cinta

Thanks for visiting...

Blog Nora Fuad

Blog Nora Fuad
Blog Nora Fuad, sila klik. Tq

About Me

My photo
pernah belajar mass com, edu...older of 4 siblings.Married to Fuad Halimi.Ex teacher to MGS Klang,MGS KL,SMK Tunku Putra,Langkawi. Ex Student SMK Sultanah Bahiyah,SMK Mahsuri Langkawi,UKM dan UM.

Novel pertama Okt 2010

Novel pertama Okt 2010
NOVEL PERTAMA OKT 2010... Link info novel, sila klik gambar.TQ

NOVEL KE 2

NOVEL KE 2
NOVEL KE2, FEB 2011, Info sila klik di gambar. TQ

Monday, April 23, 2012

Purnama Merindu daripada kacamata seorang pembaca.

http://azieazah-aa.blogspot.com/2012/03/di-sebalik-purnama-merindu-syabas-nora.html

 Terima kasih kepada tuan punya blog ini yang memberi ulasan panjang lebar mengenai PM saya. Anda boleh membaca terus daripada link di blognya) Saya petik juga tulisannya diblog. Membaca di blog tuan punyanya lebih menarik sebab ada banyak gambar.

Aku nak review satu lagi novel. Novel ini lebih awal dibaca sebelum novel Impikan Mentari dalam entri sebelum ini.

Hasil karya Nora Isma Fuad. Jujur, memang ini pertama kali tahu nama novelis ni, dan tentulah aku tak kenal. AA tetap menulis pendapat sendiri tentang apa jua novel yang dibaca tanpa mengira siapa penulis atau mana publishernya.

Tetapi suka juga AA nak kongsi beberapa perkara, apa yang aku boleh katakan sebagai pelik dan kebetulan yang sungguh tidak diduga. Tidaklah besar hal itu, tetapi tetap menjadi suatu yang menarik juga.

Pertama, ketika hari pertama memulakan membaca novel ini, kebetulan pada 29 Februari (tahun lompat) dan watak kedua dalam novel ini (ZARA) rupanya lahir juga pada 29 Februari (page 13).

Sekiranya review tentang novel ini menjadi sedikt panjang, Sori Berlori ya. Tetapi novel Purnama Merindu ni memang best! Best sangat! Tak rugi beli.

Bagi sesapa yang tak minat bahasa bunga-bunga, mungkin tak setuju. Novel ini berbahasa indah, puitis dan perlambangan bulan banyak sekali digunakan bagi menggambarkan nama, keindahan wajah malah jangka masa sesuatu itu juga dikirakan sebagai berapa purnama, berapa hari... Sungguh menarik dan lain dari yang lain.

Walaupun tema hampir klise — perkahwinan yang diatur keluarga, tanpa rasa cinta — tetapi perkahwinan Aini Melati @ WULAN dan suaminya Bakri Kameel berlangsung selama 15 tahun walaupun mereka tidak mengenali sebelum itu, jauh sekali untuk bercinta.

Masing-masing menerima dan rumahtangga mereka lebih menjurus kepada tanggungjawab dan rasa sayang. Tanpa cinta. Di hati masing-masing sudah ada yang dikasihi sebelum itu. Redha menerima takdir dan jodoh.

WULAN begitu setia dan menjaga ibu mertuanya yang mengidap Alzheimer dengan penuh setia dan gigih sehingga hubungan kasih sayang menantu-mertua ini sangat utuh digambarkan. Ibu mertuanya kemudian meninggal dunia dan semua orang menerima kesan kesedihan yang tidak tergambar.

Adik WULAN bernama ZARA, berada di Vannes kerana menyambung PhD merupakan teman rapat, sahabat karib WULAN yang juga menjadi kesayangan ibu Kameel. Cara kehidupan di Vannes digambarkan dalam novel ini sungguh menarik. Malah hubungan komunikasi antaranya dengan keluarga di Malaysia bersesuaian sekali dengan teknologi masa kini iaitu Skype dan Facebook. Seronok membaca mereka bersembang dan kita berasa seolah-olah di sebelah mereka dan sama-sama membaca chat itu...

Malah gambaran dan info tentang begitu banyak tempat di Eropah juga diceritakan dengan jelas dan tepat. Ternyata penulis sangat teliti berkaitan dengan tempat bersejarah di luar negara (mungkin beliau sendiri pernah tinggal di sana?). Bagi yang gemar melancung, elok juga baca info dan cerita tentang tempat-tempat lawatan yang disebut dalam perbualan Zara dan teman serumahnya Eva bersama dua orang lelaki Jeremy (boyfriend Eva) dan Erwan.

WULAN dan Kameel akhirnya BERCERAI atas permintaan Wulan kerana Kameel berjumpa semula kekasih pertamanya semasa mereka belajar di Perth dulu. Asmira masih single, bagaikan menanti Kamel dalam rasa penuh bersalah kerana menggugurkan anak hasil hubungan sulit dengan Kamel tanpa pengetahuan Kameel sendiri. Atas rasa tanggungjawab dan insaf, Kameel berkahwin dengan Asmira dan rumahtangganya dengan Wulan semakin sejuk. Kerana merasa terabai Wulan meminta perpisahan. Selepas 15 tahun, selepas dia begitu setia dan begitu banyak pengorbanan yang dilakukannya.

Kena baca. Kita akan rasa kagum dengan Wulan yang nampak lembut dan rapuh, tetapi kemudiannya, dia menjadi seorang yang sangat kuat dah teguh sekali.

Apa jadi pada WULAN? Dapatkah dia bertemu semula pula dengan kekasihnya yang dicintai dahulu bernama Rizal Rafique itu? Kena baca.

Panjang dah entri ni. Apapun, wajar sekali novel ini dibaca oleh semua peringkat. Memang berbaloi. Aku suka bila “bulan” menjadi benda utama dalam novel ini.

Kebetulan yang lain pula, ada bahagian ketika mereka mendengar lagu Maher Zain (tak ingat page berapa) dan pada masa yang sama juga, lagu Maher Zain sedang berkumandang di radio sebelah aku!

Kesilapan ejaan tak banyak sangat tapi tetap ada. Ada satu yang aku rasa tidak patut berlaku ialah:


40 dan 000 itu TIDAK sepatutnya dipisahkan linenya (harus ada thin space), apatah lagi line keduanya berada di muka sebelah! > orang typesetting dia fahamlah...

Syabas kepada penulis dan Sori Berlori kepada penerbit. Kritikan AA selama ini tidak pernah ada “personal interest”. Saya bukan novelis, saya bukan kerja buat novel. Saya hanya seorang pembaca novel tegar yang kemudian gila nak tulis balik dalam blog sendiri.