Followers, thanks

Followers

Kandungan PM

Bab 1: Wulan: Aini Melati @ Wulan... Aku adalah Wulan. (penamat di tempat yang sama)
Bab 2:BakriKameel b.Badrulhisyam...Aku adalah Kameel.(Penamat di tempat yang sama)
Bab 3:Zara Orkhid Bt Desa..Aku adalah Zara
(Penamat di tempat yang sama)
Bab 4:Dunia Derita (sambungan di penamat yang sama)
Bab 5;Seindah Pertemuan.
Bab 6:Bulan yang tercalar
Bab 7:Bulan yang terus berdarah.
Bab 8:Bulan yang tersenyum.
Bab 9:Gemilau Cahaya Bulan.
Bab 10: Rembulan Cinta

Thanks for visiting...

Blog Nora Fuad

Blog Nora Fuad
Blog Nora Fuad, sila klik. Tq

About Me

My photo
pernah belajar mass com, edu...older of 4 siblings.Married to Fuad Halimi.Ex teacher to MGS Klang,MGS KL,SMK Tunku Putra,Langkawi. Ex Student SMK Sultanah Bahiyah,SMK Mahsuri Langkawi,UKM dan UM.

Novel pertama Okt 2010

Novel pertama Okt 2010
NOVEL PERTAMA OKT 2010... Link info novel, sila klik gambar.TQ

NOVEL KE 2

NOVEL KE 2
NOVEL KE2, FEB 2011, Info sila klik di gambar. TQ

Tuesday, June 28, 2011

Dapatkan Purnama Merindu di pesta Buku Selangor.





   Pesta buku Selangor, sedang dan akan terus berlangsung dai 24 jun sehingga 3 Julai 2011, bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (bersebelahan dengan PKNS) Shah Alam Selangor. Boleh dapatkan Purnama Merindu yang sudahpun dipasarkan di sana.

Sunday, June 19, 2011

Poligami

   Poligami! Kepada saya, isu ini agak sensitif untuk dibicarakan. Saya! saya tidak bersetuju dengan konsep poligami. Bukan untuk menidakkan ajaran ISLAM yang membenarkan poligami, seperti yang digariskan dalam al-Quran, tetapi pada pendapat saya poligami sukar dijalankan dengan seadil-adilnya. Namanya pun manusia, mesti wujud berat sebelah. Andainya seorang lelaki oleh bersikap adil daripada segi giliran untuk isteri-isterinya pun, pada saya, manalah boleh adil daripada segi emosi dan perasaan! Mesti ada perasaan sayang yang terlebih kepada A atau B. Agaknya lah!

     Saya lebih suka konsep 'man-woman' .. satu kepada satu! Yang paling saya suka, lelaki bercakap tentang Sunnah Rasullullah, padahal berkahwin dua bukanlah satu-satunya sunnah yang ditinggalkan junjungan Besar kita!

   Saya membincangkan soal poligami dalam novel saya ini! Bagaimana pengorbanan Wulan@Aini Melati yang terpaksa mengizinkan suaminya Kameel Bakri untuk mengahwini 'his long lost girlfriend' yang bertemu semula! Jadi, apa yang terjadi, adilkah suaminya seperti yang dijanji? Sanggaupkah isterinya mengharungi semuanya ini? Dahulunya, Jamilah Asmira Estee, bekas kekasihnya Kameel sanggup berpisah dengan kekasih hatinya, Kameel kerana dia tidak mahu menjadi nombor 'dua' setelah Kameel terpaksa mengahwini Wulan seperti yang diminta ibu dan bapanya. Sanggupkan Jamilah menjadi isteri kedua setelah berbelas tahun mereka terpisah?  JIka dia sanggup melakukan poligami, apakah sebab yang menjadikan dia bertukar fikiran setelah lama terpisah jauh!

Monday, June 13, 2011

Maksud Novelog!

Novelog lebih kepada novel yang mempunyai  catatan lengkap peta, arah tuju, fakta, catatan, info, kadar tukaran wang, tips perjalanan dan lain-lain. Novelog bukan buku catatan perjalanan tetapi ada cerita, ada plot, perkembangan watak dan sebagainya. Pendek kata, ada penceritaan yang lebih menujukkan latar dengan terperinci.

Istilah atau kategori travelog pula merujuk kepada pengalaman sebenar pengarang sama ada dari segi pengalaman, atau pengembaraan perjalanan atau hidup penulis.


  Novel saya: Rasa rasa istilah yang tepat adalah Novelog... Di dalamnya mengandungi keperincian tempat-tempat pilihan, dan ianya merupakan hasil ciptaan saya bukannya pengalaman sebenar saya!


Lihat Tajuk 'Latar Novel' untuk melihat latar yang menadi tarikan dalam novel ini!

Saturday, June 4, 2011

Latar tempat dalam novel

     Latar Tempat: Malaysia (Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Tuba) Perancis    (Vannes) ,    Eropah (Jerman, Switszerland, Ireland,…) 
Australia (Perth & ….) Bulan!



Soalan: Mengapa memilih Eropah sebagai latar novel?

  Saya sudah lama mengkagumi Eropah. Bukan disebabkan memandang Barat sebagai tempat 
yang maju, kerana saya tahu Islam telah lebih dahulu mengungguli kemajuan tamadun. Saya 
kagum  dengan kesenian di Barat, keindahan terutamanya bunga-bunga mengikut musimnya (sebab 
di tempat kita tiada musim begini) Lagipun apalah salahnya meninjau jauh ke tempat lain.
Jauh mengembarakan jauh pengalamannya. 


Soalan: Kenapa dengan Pulau Tuba, di mana pulau ini?


  Saya pergi bercuti dengan keluarga di pulau ini. Best. Chalet yang dekat dengan pantai, makanan
  seafood yang best.. di mana? kenalah baca novel untuk mengetahuinya.
 
           Latar di Pulau Cinta: Pulau Tuba, Malaysia. Terletak di antara …… 
    Berdasarkan kedudukan geografi, Pulau Tuba pula terletak sejauh 3.4
    batu nautika daripada Jeti Point…dan mengambil masa diantara 10 sehingga 20 
   minit dengan....         menaiki bot dari Jeti …


1.     Latar Vannes, Perancis: Terletak di ….Perancis, sebuah bandar yang hampir dengan pantai, kaya dengan bangunan dan kota lama. Pemandangan yang cantik.

3. Bulan : Alangkah ajaibnya memikirkan  ciptaan Ilahi ini. Bulan yang jauh di langit sana. Bulan merupakan planet yang kelima terbesar di Sistem Suria, walaupun 
hanya bersaiz hanya satu per empat daripada saiz bumi, bulan mampu 
beredar mengelilingi bumi setiap 27.3 hari, pada jarak 384, 400 kilometer 
di bawah tarikan graviti bumi. Alangkah ajaibnya mengintai bulan yang jaraknya 3476 kilometer dari bumi memancarkan cahaya putih mulus yang menerangi alam
semesta, wahal cahayanya hanya sekadar menumpang pantulan cahaya sang suria.



4: Perth :    …mereka ke Barrack Street Jetty untuk menyusuri Sungai Swan yang indah bersama di atas kapal pelancong separa mewah, Captain Cook Cruises.

Lagi best kalau dibuat rumah kaca. Seksi sekali.” Yang Mira bersuara manja. Terbayang dalam fikirannya akan rumah kaca di pinggir Sungai Swan.

Freemantle di Perth merupakan sebuah bandar pelabuhan perikanan yang membekalkan bukan sahaja bahan perikanan, bahkan, menjadi pusat utama restoran yang menyajikan makanan utama, fish and chips. Di sebuah restoran terkenal, Fishermans Kitchen, mereka berdua singgah bagi menikmati makan tengah hari yang enak. Ikan salmon yang bersalut tepung 
ranggup yang dihidangkan ala barbeku…

Keesokannya, mereka beredar pula ke Tasik Monger. Tasik Monger merupakan tasik yang menjadi tarikan di kawasan Perth ini. Berdekatan  Leederrville, hanya lebih 
kurang lima minit memandu dari bandar Perth. Atau boleh memilih menaiki
kereta api dari dari Fremantle dan turun di Stesyen kedua iaitu, 
‘West Leederville’. Tarikan utama di sini adalah angsa yang berwarna hitam …


Perth menjadi satu bandar yang menyeronokkan jasad Kameel suatu ketika dulu.
Perth bagaikan ‘laman syurga’ yang menyatukan cinta. King’s Park,
Botanic Garden, Sungai Swan, Pelabuhan Fremantle tentulah tidak akan 
sama tanpa Yang Mira..

Darwin: …bandar Darwin menuju ke kawasan luar bandarnya.  dari jauh, 
sebelum singgah di pintu gerbang ala koboi, ikon Australia, kanggaro kelihatan 
tenang meragut rumput, di sebalik dedaun yang tumbuh meliar...


Sepanyol (Eropah)

“…Barcelona. Ada you ke Gereja Sagrada Familia, Parc Guell, Casa Batlo dan 
Casa La Pedrera?”

Rekaan ukiran patung atau disebut ‘scupture’ dan bangunan yang
berseni ciptaan Antonio Gaudi ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh seni Gothik dan Moor. Antonio atau nama sebenarnya Plàcid Guillem Gaudí i Cornet adalah 
merupakan  arkitek Sepanyol yang terkenal  pada era pemodenisasi atau disebut
‘era Art Nouveau.’


Rom, Itali

“Sebelah dengan Colosseum adalah Roman Forum. Di sinilah asas kepada
pembentukan negara Republik. Forum ini merupakan dewan di mana 
ahli-ahli senat bersidang. Di sana mereka bebas mengeluarkan pendapat,
berdebat dan buah fikiran kepada caesar.”


“…Bennito Mussolini berucap di hadapan puluhan ribu rakyatnya di Balkoni 
Palazzo Venezia dalam Perang Dunia Kedua…”

Eropah:

Sagrada Familia, Parc Guell, Casa Batlo dan Casa La Pedrera. Antonio
Gaudi. Art Nouveau. Casa Batlo dan Casa. La Pedrera. Pasar La Baqueria.
Passeig .de Gracia. Placa de Catalunya. Pesta Flamenco dan Pesta Tomato. 
Colosseum Mirchealangelo. Kota Vatican. Piazza Navona. Benito Mussolini. 
Balkoni Palazzo Venezia. Trevi Faountain.

Jerman, (Munich)

Munich pasti tidak akan melepaskan peluang bagi melawat Muzium BMW 
dan juga Komplek ibupejabat BMW yang betul-betul terletak bersebelahan
dengan Olympia Park. Munich begitu sinonim sangat dengan perkataan 
BMW yang dipendekkan daripada Bavaria Motor Work.

Swistzerland
“Hm.. Kereta api, dua kali. Pertama dari Laterbrunnen ke Grindelwald, mengambil
masa 45 minit. Kereta api kedua juga mengambil masa 45 minit lagi. 
Sampai ke Kemuncak Alps...


Vannes, Perancis

Melihat bangunan batu-batan kelabu menggambarkan keunikan bandar 
Vannes yang terletak di hulu Sungai Vannes. Bandar ini  berada sekitar 
100 km barat laut dari Nantes dan 450 km barat selatan Paris

Vannes diasaskan daripada nama Darioritum iaitu nama versi Rom bagi 
perkataan Vannes. Pengusaha pertama Vannes adalah Waroch. Dibuka kira-kira 2000 tahun dahulu…

Ireland
“I tengah nak tengok tentang Gunung Eyjafjallajokull. Nak tahu juga tentangnya.”

Mereka sama-sama terpaku membaca informasi tentang Gunung berapi ini. 
Gerakan seismik yang sudah mula dipantau akhir Disember lepas 
menunjukkan gunung ini sudah mulai aktif.

Sekitar kawasan ini dikatakan mengalami beribu-ribu gempa bumi 
kebanyakkan berukuran magnitude antara 1-2 Mw membabitkan sekitar
tujuh sehingga sepuluh kilometer di sekitar Gunung Eyjafjallajokull


Asal nama novel.

   Mengapa namakan Purnama...
1. Salah satu wataknya adalah Wulan, ringkasan daripada 'Bulan'... kenapa Bulan, anda kenalah baca dan ketahui sendiri.


2.Fenomena Rembulan Biru.

Fenomena Bulan Biru atau Blue Moon Fenomena
“Tengok bulan mengambang tu. Itu dinamakan rembulan biru atau Bahasa 
Inggerisnya, Bluemoon Fenomena.” Dia menyatakan kepada Ris yang berada 
di sebelah  kanannya dan kemudian menyatakan perkara yang sama kepada Ris di sebelah kiri, di sisi tingkap.
“Apa tu mama? Bulan warna biru?” Tanya Ris lagi.
“Mana ada bulan warna biru?” Nina mengasak  Wulan.
“Bukan sebab bulan warna biru. Maksudnya bulan purnama yang muncul dua 
kali dalam sebulan. 
Biasanya ada sekali sahaja bulan penuh, bila 15 haribulan mengikut kalendar 
Islam. Dalam setahun biasanya ada 12 kali bulan mengambang.”

Fenomena ini hanya muncul setiap 2.7 tahun.. maknanya setiap dua tahun 7 bulan, barulah akan terjadi fenomena rembulan biru, dua kali mengambang dalam sebulan.

Friday, June 3, 2011